Skip to content

GENERASI GL: "UNTUK SAYA, FESYEN TIDAK MENGENALI USIA." - ICYY

GENERASI GL: “UNTUK SAYA, FESYEN TIDAK MENGENALI USIA.” – ICYY

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama model, Icyy.

Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pengarah, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Kerap berkongsi kandungan fesyen dan stail, Icyy mempunyai feed Instagram yang cool dan edgy. Setiap kongsiannya boleh dijadikan inspirasi buat lelaki yang inginkan gaya streetwear dan lebih edgy. Icyy yang bermula sebagai seorang model, kini menjadi salah seorang wajah Generasi GL. Bukan itu sahaja, Icyy malah menghiasi lembaran fesyen untuk isu Mac GLAM Lelaki.

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan antara Generasi Z dan Milenial?

Bagi saya, persaingan itu wujud. Tapi, tidak semestinya ia toksik. Jika dilihat dari sudut yang betul, ia sebenarnya satu bentuk pertukaran idea serta perspektif. Generasi Z bawakan keberanian serta kelajuan manakala Milenial pula mempunyai pengalaman dan asas. Kedua-dua ini saling memerlukan. 

#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?

Saya mementingkan kebebasan saya untuk jadi diri sendiri. Bagi saya, tahun 2026 ialah tentang penerimaan dan hidup dengan cara sendiri. Akhirnya, kita tidak perlu mengikut satu acuan untuk dianggap sebagai satu kejayaan atau lebih relevan.  

#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?

Muda bukanlah tentang usia semata-mata. Ia lebih kepada cara seseorang itu berfikir, rasa ingin terus belajar serta keberanian untuk mencuba benda baharu tanpa rasa takut untuk gagal.

#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah? 

Sudah tentu, pernah. Tetapi apabila difikirkan semula, mungkin bukan generasi yang salah. Proses untuk memahami di mana tempat saya yang sebenarnya itu yang sukar. Setiap generasi mempunyai ruang dan masa yang tersendiri. 

#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?

Untuk saya, fesyen tidak mengenali usia. Ia merupakan satu medium ekspresi diri. Selagi ia jujur dengan siapa diri kita, fesyen mampu wujud merentasi generasi dan masa. 

 

Pautan berkaitan: GENERASI GL: “MILENIAL MEMBAWA LEBIH PENGALAMAN & GENERASI Z PULA MEMBAWA PERSPEKTIF BAHARU,” SHAFFUAN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

danial haziq content creator

DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR

Bacaan Lanjut

6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’

Bacaan Lanjut
DARI GIMNASTIK KE MODELING, HOT GIRL ALYSIA BASREE

DARI GIMNASTIK KE MODELING, HOT GIRL ALYSIA BASREE

Bacaan Lanjut

AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI

Bacaan Lanjut

FESYEN INFLUENCER YANG ANDA HARUS FOLLOW DI INSTAGRAM

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN FASHION’S FUTURE CHAMELEON, NAZREEM MUSA

Bacaan Lanjut