GEORGE CLOONEY UMUM BAKAL DAPAT ANAK KEMBAR
Wow, tahun 2017 menyaksikan ramai para seleberiti yang bakal mendapat sepasang anak kembar. Bermula dengan pengumuman rasmi oleh Beyonce dan Jay Z sekitar minggu lepas, dan kali ini, pasangan Hollywood popular, George Clooney serta isteri, Amal Clooney, wanita yang berdarah campuran Lebanon-Inggeris dikhabarkan sedang mengandung sepasang anak kembar.
“Ya, Amal mengandungkan anak kembar!” Itu maklumat yang diperolehi dari satu sumber yang rapat dengan pasangan ini. Walaubagaimanapun, sumber berkenaan tidak menyebut perincian lebih lanjut soal berapa bulan kandungan serta jantina bayi berkenaan. Mungkin kita hanya perlu tunggu dan lihat.
Pasangan Amal, 39 tahun dan George Clooney, 55 tahun berkahwin di Venesia, Itali pada tahun 2014 dan sebelum Amal dikenali sebagai Ms. Clooney, Amal merupakan seorang pengacara dan hos tv terkenal. Beliau juga merupakan seorang aktivis dan peguam. Buat pengetahuan, ini merupakan perkahwinan pertama Amal, dan kedua buat George Clooney yang sebelum ini pernah berkahwin dengan aktres Talia Balsa. Perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1993. Tahniah sekali lagi kepada pasangan George dan Amal!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”
"Tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship," Putera Adam.
HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”
"Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan paksa diri melakukannya secara berlebihan," Hakimi Noordin.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif iaitu pembukaan New Balance Run Hub.













