Skip to content

GL NOV:DIS 2021, NAZIM OTHMAN, PENCITRAAN DIRI 01

GL NOV/DIS 2021: NAZIM OTHMAN, PENCITRAAN DIRI

Kongsikan artikel ini

DIA CUKUP POSITIF. BERKOMUNIKASI MENGHARGAI DIRI ADALAH CARA NAZIM OTHMAN, 37, MEMANIFESTASIKAN DIRI. LANGSUNG, MENDEWASAKAN DIRI SELAIN MEMBINGKISKAN KEYAKINAN DIRI KALA DIRI MENGHARUNGI SUDUT TERPALING GELAP UJIAN ILAHI.

Pengarang Rencana: ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen: JOHAN KASSIM, Gambar : EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming : FENDI SANI, Rambut : CKAY LIAW

GL NOV:DIS 2021, NAZIM OTHMAN, PENCITRAAN DIRI 02

Kot bulu duffle, celana pendek dan kasut Versace. Jam tangan Aquaracer Professional 300 ciptaan TAG Heuer.

Perkembangan terkini Nazim?

Sejak perintah kawalan pergerakan berakhir, jadual harian saya kini dipenuhi dengan penggambaran sehingga suku pertama tahun hadapan. Antaranya projek dibawah arahan Janna Nick yang bakal ditayang menerusi penstriman Netflix dan beberapa drama bersama Astro. Termasuk Ratu Ten Pin buat musim kedua.

Apakah yang dipelajari sewaktu terkurung sepanjang perintah kawalan pergerakan?

Sorotan utamanya adalah saya berpeluang untuk mengenali diri saya dengan lebih baik lagi. Bagaimana sebenarnya adalah baik saja untuk bertahan bersendirian. I’m happy with myself, sekali gus berjaya mengharungi seorang diri sekali pun, pandemik ini sungguh menyakitkan. Akan tetapi, dalam ruang masa terpaling gelap, sayaboleh mencari keberkatan di sebaliknya.

Tahap kebahagiaan sekarang?

Kebahagiaan itu sendiri sangat subjektif. Sejujurnya saya berasa lebih tenang dan saya terkejut kerana diri setenang ini. Dahulu saya bukanlah seorang individu yang tenang begini. Ia mungkin tanda progres atau evolusi memandang usia bakal mencecah 40-an dalam tiga tahun lagi. Bukan saja saya sedari akan perubahan ini, bahkan teman rapat yang mengenali saya juga nampak akan sisi ini. Sudah lama saya mendalami untuk mencari ketenangan ini, namun baru saja dipertemukan dengannya mungkin dua-tiga tahun kebelakangan ini.

GL NOV:DIS 2021, NAZIM OTHMAN, PENCITRAAN DIRI 03

Blazer jalur, Onitsuka Tiger.

Single or taken?

Saya selesa untuk berseorangan kala ini. Sampai tahap keluar makan tidak berteman di restoran. Mungkin ada segelintir individu mendapati ia menjengkelkan. I’m happy and I enjoy my own company. Saya tidak hidup menerusi persepsi orang lain terhadap saya. Saya hidup dengan apa yang baik untuk saya.

Masa bagi Nazim?

Satu siri acara yang berterusan, bila ia berlalu tidak berpatah balik. Saya pernah menjadi seorang individu yang amat sukar untuk melepaskan masa silam dengan hati yang ikhlas. Namun, sehingga satu tahap di mana saya mendalami diri untuk untuk melepaskan saat lalu. Satu-satunya perkara yang penting sekarang adalah momen atau masa kini kerana itulah satu-satunya masa yang kita ada.

Melancong atau Mengembara?

Ia bergantung kepada apa yang mendorong saya untuk meninggalkan negara pada masa itu. Contohnya, kenapa waktu saya mahu terbang keluar dari KL. Adakah kerana saya ingin merehatkan minda atau sekadar mahu lari dari hiruk-pikuk kota untuk beberapa hari. Saya juga tidak kisah untuk berlibur ke sesuatu tempat yang sama, seperti ke Bali yang sudah menjadi rumah kedua sebelum dunia dilanda pandemik. 

GL NOV:DIS 2021, NAZIM OTHMAN, PENCITRAAN DIRI 04

Baju kait Prada dipadankan bersama cincin Juste un Clou kreasi Cartier dan jam tangan TAG Heuer.

Kenangan mengenai masa yang ada dalam benak fikiran sekarang?

Saat saya dimasukkan ke hospital lalu disahkan mempunyai tumor di dalam kepala. Sekali pun ia berlalu agak pantas, bila datang ke mari ke studio ini hari ini; kebetulan berhadapan dengan rumah dahulu yang didiami. Ia membangkitkan kembali kisah itu. Tadi sebelum sampai di lokasi, saya terpaksa melihat sekilas lalu di mana ia bermula di klinik berdekatan. Hakikatnya ujian dari Ilahi seperti ini menarik kita kembali menyembah syukur pada bumi. Saya banyak bermuhasabah dan melihat setiap sudut hidup sebagai anugerah Allah yang Maha Esa. I wake up every single day and count my blessings, and be grateful.

Nasihat terbaik yang boleh anda berikan kepada diri kala usia muda?

Kenali diri, dalami diri sepenuhnya kerana itulah satu-satunya cara untuk menghargai diri. Sekali gus, dapat meningkatkan keyakinan diri. Tanpa keyakinan kita tidak boleh pergi jauh. Perkara pertama sebelum anda ingin menekuni sesuatu perkara, anda mesti belajar tentang diri anda sendiri. Itu keutamaan anda sebagai manusia. Itulah asas untuk menggerakkan hari-hari dalam kehidupan.

Jam tangan atau aksesori yang ideal?

Bila melihat padanya lalu menghargai serta memahami setiap nilai yang terselindung dengannya. Nilai jam tangan itu tidak tertakluk pada jenis mekanisme, atau jenamanya semata.

GL NOV:DIS 2021, NAZIM OTHMAN, PENCITRAAN DIRI 05

Jaket industri, baju kait, seluar dan topi bucket ilham Prada. Himpunan cincin Love dan Juste un Clou, rantai kreasi Cartier.

Jika dapat diundurkan masa, apakah yang anda bakal ubah?

What’s done is done. I’m really focused on my present now. I’ve already made peace with my past. 

Stigma seorang lelaki yang ingin diubah?

Lelaki boleh bersolek dan boleh mengekspresikan diri dalam apa jua persalinan yang ingin mereka gayakan.

Sekiranya wang ringgit bukanlah isu, ke manakah bakal Nazim bercuti?

Splurge on the luxurious trip vacation in the Bahamas. Senang kata bermalam silih berganti di setiap pulau persendirian di seluruh dunia.

GL NOV:DIS 2021, NAZIM OTHMAN, PENCITRAAN DIRI 06

Jaket varsity, Hugo Boss X Russell Athletics pra-musim bunga 2022.

Apakah bakat terpendam Nazim?

Tidak pasti ianya adalah bakat atau sebaliknya, saya dapat membaca energi seseorang. Baik positif atau negatif dan boleh dikatakan acap kali saya betul. Barangkali ia juga adalah anugerah dan terkadang membantu saya untuk memilih siapa untuk menjadi teman atau lawan.

What is something everyone always gets wrong about you?

That I’m a perfectionist. Jika dilihatkan hari ini, terbukti saya bukanlah seorang yang perfectionist.

Berganjak ke fasa yang lebih matang, bagaimana Nazim mahu terus kekal relevan dalam dunia seni?

Bagi saya sebagai seorang individu pembelajaran itu tidak pernah berakhir. Setiap hari walaupun saya bertemu orang baru saya boleh belajar sesuatu yang baru daripada mereka. Tidak kira siapa mereka atau apa yang mereka rencanakan. In terms of my career, there must be something right with what I’m doing. Yang pasti saya tidak kerjarkan populariti. I only take one day at a time. 

GL NOV:DIS 2021, NAZIM OTHMAN, PENCITRAAN DIRI 07

Sepersalinan lengkap garapan Versace.

Apakah yang lebih penting untuk seseorang, kecantikan dalaman atau luaran?

Seseorang boleh mempunyai IQ yang lebih tinggi tetapi tanpa kecantikan dalaman, anda masih boleh menjadi bodoh.

Bahagian terbaik kerjaya anda hari ini?

Saya berpeluang untuk bertemu orang baru setiap hari dan belajar sesuatu yang baru setiap hari. Saya tidak akan terperangkap dalam persekitaran yang sama. Saya lebih rela berenang di lautan daripada terperangkap di dalam kolam berpunya rutin harian yang sama.

 

PAUTAN BERKENAAN: GL NOV/DIS 2021: FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA