GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN ASHRAF ANUAR, PENGASAS SVG WORLDWIDE
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming & dandanan: EL MANDA ZUHAIRY Gambar: CHUAN LOOI, Pelatih amali: BATRISYIA FAISAL,Teks/temu bual: ASRAF AIDED
Mempunyai misi artistik dan matlamat yang jelas, demikian sifat yang boleh menggambarkan tentang pengasas jenama SVG Worldwide, Ashraf Anuar. Melihat pada imej dan graf pencapaiannya dalam empayar yang dibina, cukup jelas bahawa jejaka berusia 24 tahun ini tidak mensia-siakan zaman mudanya.
Tentu ramai antara kalian masih ingat akan pertunjukan fesyen yang diadakan secara besar-besaran di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2023. Ketika itu, SVG Worldwide yang berkolaborasi dengan jenama Neonate ternyata berjaya mencipta pertunjukan penuh sensasi dengan kehadiran lebih 3,500 tetamu selain tular di media sosial.

Jam, BELL & ROSS BR-03 ASTRO, Sut, MSGM
Antara yang terbaharu pula, jenama SVG Worldwide juga mengadakan pertunjukan fesyen solo pertama untuk Spring Summer 2025 dengan jayanya di The Yard, Sentul Depot bulan lalu. Acara pementasan itu juga berskala besar di mana ia menelan belanja RM3 juta untuk tujuan produksi, pemasaran dan membina imej secara keseluruhan. Sungguh, bukan semua usahawan berani mengambil risiko seperti itu, namun saya percaya Ashraf sudah menyusun langkah dengan penuh teliti.
Justeru, Ashraf telah berjaya membuktikan bahawa kehadirannya ke dalam gelanggang fesyen di Malaysia tidak boleh dipandang sebelah mata. Pemilik nama lengkap Muhammad Ashraf Khairul Anuar ini benar-benar tahu apa yang dia mahukan!
Ketika Johan memaklumkan perancangannya untuk mengundang Ashraf selaku cover boy, saya terus rasa tertarik dan ingin tahu tentang tuan empunya badan secara lebih terperinci. Di sebalik kesibukan jadual hariannya, sempat juga Ashraf bersama pihak pengurusan mengunci tarikh dan masa untuk sesi fotografi seterusnya diwawancara untuk sampul hadapan Glam Lelaki edisi bulan ini.

Jaket, kemeja, seluar & tali leher, KENZO
Dek kerana kekangan masa dan penggambaran diadakan pada waktu malam, saya tidak mahu mengganggu konsentrasi Ashraf serta team yang terlibat. Maka kami pun bersetuju untuk melakukan temu bual secara maya. Komitmen Ashraf bersama pengurusnya, Danial Irfan harus diberikan pujian kerana mereka komited dalam menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan.
Seperti diduga, Ashraf tidak lokek berkongsi perkembangan terkini serta perancangannya dalam mempertingkatkan lagi pencapaian jenama miliknya itu. Apa khabar Ashraf? Pasti ada perkembangan terkini yang mengujakan. “I’m doing well, thank you…sekarang saya sedang sibuk membuat persediaan untuk koleksi terbaharu dan kami juga bakal berkolaborasi dengan beberapa jenama antarabangsa dari Jepun dan Indonesia. It’s an exciting time as we explore new creative avenues,” bilang Ashraf yang mula berkecimpung dalam perniagaan pakaian secara kecil-kecilan pada usia 18 tahun.
Berkongsi lanjut tentang perancangannya untuk SVG Worldwide tahun ini, Ashraf tidak mudah selesa dengan kedudukan sekarang, semangatnya kian berkobar untuk memperoleh pencapaian pada satu aras yang lebih tinggi.

Jam, BELL & ROSS BR-03 ASTRO, Baju panas, CARHATT WIP
“Saya sangat bersyukur dengan rezeki yang sudah diperoleh ini, jenama kami mendapat perhatian dan sokongan yang cukup padu. Justeru saya mesti aturkan rancangan untuk waktu ke hadapan pula. Tahun ini, fokus saya adalah untuk mengembangkan lagi SVG Worldwide agar semakin dikenali di peringkat lokal dan antarabangsa,” jelasnya yang cukup optimis.
Mengulas lanjut tentang brand visibility, Ashraf sentiasa mengutamakan kualiti terlebih dahulu kerana ialah yang dapat memuaskan hati setiap pelanggan, kemudian barulah difikirkan tentang aspek lain. “Saya percaya jika kita hasilkan kualiti yang terbaik seterusnya diikuti dengan kaedah pemasaran yang strategik, ia boleh menjadi kunci dalam menjadikan jenama kita lebih menonjol dalam lanskap pasaran sekarang yang sangat mencabar. Saya yakin, setiap orang pasti suka akan kualiti dan cara pembuatan, bukan tentang trend semata-mata,” katanya.
Saya meneruskan soalan, “Rasanya, perjalanan kamu dalam bidang ini bukan semuanya mudah. What is your biggest challenge?” Ashraf menjawab: “Dalam apa jua bidang yang kita lakukan pasti ada cabaran. Antara cabaran terbesar yang saya lalui adalah untuk membuat orang ramai menghargai dan sanggup invest untuk kualiti. Oleh itu kami sentiasa memberi informasi yang cukup tentang nilai craftmanship yang ada pada setiap hasilan kami. Selalunya, maklumat sebegitu kami sampaikan menerusi laman web, media sosial dan ketika sesi private viewings bersama pelanggan dan undangan yang berminat untuk membeli. Memberi informasi secara digital dan bersua muka, kedua-duanya penting dan memainkan peranan tersendiri. Both approaches communicate the premium nature of our products.“
*Dapatkan GLAM Lelaki isu Mac 2025 Volume 1 untuk membaca artikel penuh
Artikel berkaitan: FATTAH AMIN, “TAHUN INI SAYA INGIN MEMBERI FOKUS YANG LEBIH KEPADA KERJAYA SAYA.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
SESI EKSKLUSIF #STYLEDBYJK BERSAMA GL GANG DAN JENAMA DENIM, LEE
Sembilan GL Gang hadir menyertai masterclass #styledbyJK bersama jenama denim, Lee. Sambil itu, mendekati koleksi musim bunga 2025 Lee.
EKSPRESI BOLD CALVIN KLEIN UNTUK MUSIM BUNGA 2025
Calvin Klein terus mendefinisikan ulang waktu dengan desain yang berani dan penguasaan denim yang kuat untuk koleksi musim bunga 2025.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN SYAFIQ KYLE
Pelakon, penerbit, bakalan pengarah dan kini bergelar suami, Syafiq Kyle, yang menghiasi muka depan GLAM Lelaki, berkongsi kisah perjalanan kerjayanya yang penuh cabaran dan kejayaan.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN
Kali terakhir GLAM Lelaki menyunting Meerqeen adalah pada 2021. Kala itu, Meerqeen masih hijau dalam dunia seni lakon. Dan istimewa untuk edisi print ‘relaunch’ ini, GLAM Lelaki menampilkan the all grown up-Meerqeen.
AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI
Akmal Hizzat selalu mereka ‘content’ bersama isterinya, Fatin Noraishah. GLAM Lelaki cuba mengenali Akmal Hizzat dengan lebih dekat.