HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Dengan gaya peribadi yang ringkas, minimalis dan menginspirasikan, Haziq membawakan pendekatan segar yang mampu memikat perhatian ramai.
Boleh kongsikan sedikit tentang perjalanan anda dalam content creation? Apa yang menginspirasikan Haziq untuk bermula?
Sejujurnya, saya sebenarnya tak pernah merancang untuk menjadi seorang content creator. Semuanya bermula semasa pandemik. Saya dan rakan hanya ikut trend TikTok untuk suka-suka, dan tanpa disangka video kami mendapat perhatian seketika. Jadi, tiada kisah permulaan yang terlalu menginspirasikan; ia cuma bermula sebagai aktiviti seronok!
Dari tahun 2022 hingga 2024, saya lebih memberi tumpuan kepada kerjaya, jadi saya tak mempunyai banyak masa untuk hasilkan kandungan secara konsisten. Tetapi sekarang saya kembali! Saya ingin meneroka lebih banyak kandungan gaya hidup kerana saya memang seronok merakam dan berkongsi momen dari kehidupan harian. Niat saya masih sama. Sekadar untuk berseronok, dan harapnya orang ramai juga terhibur menontonnya.
Bagaimanakah anda menggambarkan gaya peribadi anda? Adakah ia berubah atau berkembang dari masa ke masa?
Saya suka gaya yang nampak effortless, bersih, santai dan minimalis. Dan ya, gaya saya memang telah berkembang dari masa ke masa. Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk benar-benar memahami apa yang saya suka pakai dan apa yang terasa paling ‘saya’. Dahulu, saya cenderung memilih gaya yang lebih berani dan ekspresif, tetapi sekarang tidak lagi. Selera saya telah berubah dan kini saya lebih gemar sesuatu yang ringkas serta lebih refined.
Bagaimanakah anda kekal mengikuti perkembangan gaya lelaki terkini?
Saya biasanya mengikuti perkembangan gaya lelaki melalui platform media sosial seperti TikTok dan Pinterest. Ia sangat membantu untuk melihat trend semasa dan mendapatkan inspirasi dengan cepat. Tetapi saya bukan jenis yang ikut semua trend, kerana tidak semua trend sesuai untuk setiap orang. Bagi saya, adalah baik untuk peka dengan apa yang terbaru, tetapi yang penting ialah menyesuaikannya atau mengolahnya supaya ia terasa autentik dan benar-benar mencerminkan diri sendiri.
Bolehkah anda kongsikan tentang hasil kerja yang paling memberi kenangan atau bermakna buat anda?
Salah satu projek yang paling bermakna bagi saya ialah pada tahun 2022, ketika saya berpeluang untuk menjalani penggambaran TVC untuk Sensodyne. Saya langsung tiada pengalaman berlakon, jadi berada di set penggambaran besar buat pertama kali memang sangat mendebarkan. Nasib baik pengarahnya sangat baik dan membimbing saya dalam semua perkara. Termasuklah ekspresi wajah, haha. Hingga hari ini, masih ada yang mengenali saya sebagai ‘budak Sensodyne’. Ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan, dan saya benar-benar bersyukur atas peluang itu.
Siapakah individu yang menjadi inspirasi anda?
Inspirasi terbesar saya ialah ibu bapa saya. Mereka adalah orang yang sentiasa saya kagumi, dan apa sahaja yang saya lakukan, saya berharap suatu hari nanti ia akan membuat mereka berasa bangga, Insha’Allah.
Apakah yang anda ingin capai sebelum menjelang umur 35 tahun?
Saya sentiasa impikan untuk memulakan perniagaan sendiri. Saya masih dalam proses belajar dan bersedia, tetapi saya berharap dapat melancarkan sesuatu sebelum menjelang umur 35 tahun.
Apakah jenama atau individu impian anda untuk berkolaborasi bersama?
Terdapat banyak jenama dan individu impian yang saya ingin bekerjasama, jadi agak sukar untuk disenaraikan semuanya. Namun, saya juga sangat terbuka untuk bekerjasama dengan jenama baharu atau lebih kecil, terutamanya dalam bidang fesyen dan penjagaan kulit. Jenama-jenama sebegini biasanya menampilkan keaslian, nilai yang kukuh, dan cerita unik yang saya sangat kagumi.
Artikel berkaitan: OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
5 LAGU TERBAIK NYANYIAN JACKSON WANG
Sempena konsert "MAGICMAN 2" Jackson Wang yang akan diadakan Oktober ini, GLAM Lelaki memilih lima lagu terbaik Jackson Wang. Wajib dengar sebelum hari konsertnya. Who's going?











