HEAVEN, KOLABORASI CALUM SCOTT BERSAMA DIANA DANIELLE
Penyanyi Britain, Calum Scott mempersembahkan lagu terbaharu berjudul “Heaven” yang lebih istimewa dengan sentuhan segar bersama empat bintang pop rantau Asia Tenggara termasuklah Diana Danielle.
Jarang sekali mendengar bintang antarabangsa yang menjalinkan kolaborasi bersama bakat muzik tempatan. Tetapi, berbeza pula dengan Calum Scott. Penyanyi asal Britain ini mempersembahkan lagu berjudul “Heaven” yang menampilkan sentuhan segar bersama empat bintang pop rantau Asia Tenggara, termasuklah pelakon dan penyanyi berbakat dari Malaysia, Diana Danielle.
“Heaven” merupakan sebuah lagu balada syahdu ciptaan sendiri oleh Calum Scott. Dalam memberikan keistimewaan, dia merakamkan semula lagu tersebut bersama empat bakat Asia Tenggara iaitu, Diana Danielle dari Malaysia, Darren Espanto dari Filipina, Hoàng Duyên dari Vietnam, serta Lyodra dari Indonesia. Setiap versi memberikan kelainan dalam cara negara masing-masing.
“Saya sangat teruja dapat bekerjasma dengan artis-artis hebat ini dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam! Benua Asia memang dekat di hati saya, jadi peluang ini satu penghormatan besar. Setiap seorang artis ini telah membawa sesuatu yang baharu dalam kolaborasi ‘Heaven’ kami ini dan saya tak sabar hendak mendengarnya,” kongsi Calum Scott mengenai kolaborasi istimewa ini.
“Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan kala dapat bekerjasama dengan Calum untuk lagu ‘Heaven’. Berkolaborasi dengannya untuk lagu seindah ini sambil mewakili Malaysia adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan,” kata Diana Danielle yang terpilih untuk mewakili Malaysia untuk kolaborasi tersebut.
Lagu “Heaven” menonjolkan bakat Calum Scott dalam meluahkan emosinya dalam pencarian baharu untuk mengucapkan kata-kata. Dia menulis lagu ini bersama Hayley Warner, iaitu pemuzik Australia yang pernah menciptakan lagu untuk Katy Perry dan Tori Kelly.
Setiap versi lagu ini telah dilancarkan pada 9 Jun 2022 bersama muzik video tersendiri, yang sudah boleh disaksikan melalui Youtube.
Foto: Universal Music Malaysia
Baca lebih lanjut: TEROKAI 5 PENGINAPAN AIRBNB PALING LUAR BIASA DI MALAYSIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AFGAN & LYODRA BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KUALA LUMPUR
Bintang pujaan ramai dari seberang, Afgan bakal mengubati kerinduan peminat di Malaysia dengan konsert terbaru di samping penyanyi dan aktres Lyodra.
CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN
Juara Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff Umar berdepan detik hitam dalam hidup apabila didakwa atas kesalahan memiliki bahan terlarang.
CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG
Penyanyi berusia 46 tahun itu kini sedang menerima rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI
Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival bakal kembali pada 20 dan 21 Jalai 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.
PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Serahkan Hatiku Padamu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.
PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023
Perceraian selebriti bagaikan trend beberapa tahun kebelakangan ini bukan sahaja di Hollywood, tetapi juga dalam industri hiburan tempatan.