HENRY GOLDING PEGANG WATAK UTAMA DALAM FILEM TERBARU WARNER BROS
Studio Warner Bros dikhabarkan akan menghasilkan sebuah filem terbaru, berjudul Crazy Rich Asians’ yang merupakan sebuah adaptasi daripada buku best-selling oleh Kevin Kwan. Yang menariknya, pihak produksi membuat keputusan untuk membuat pemilihan pelakon berketurunan Asia dari setiap pelusuk dunia.
Filem yang akan diarahkan oleh Jon M. Chu ini telah pun menempah pelakon popular Constance Wu untuk memainkan watak Rachel Chu (protagonis wanita). Selain itu, yang menggembirakan adalah pelakon dan pengacara tempatan, Henry Golding
turut terpilih memainkan watak protagonis lelaki filem tersebut, Nick Young.

Selain itu, pelakon wanita tanah air yang sudah mencipta nama di persada dunia Michelle Yeoh pula akan memainkan watak ibu kepada Nick, Eleanor Young.
The story follows Rachel Chu (Wu), an American-born Chinese economics professor, who travels to her boyfriend Nick’s GOLDING
) hometown of Singapore for his best friend’s wedding. Before long, his secret is out: Nick is from a family that is impossibly wealthy, he’s perhaps the most eligible bachelor in Asia, and every single woman in his ultra-rarefied social class is incredibly jealous of Rachel and wants to bring her down.
Henry yang merupakan kacukan mat salleh (bapanya berasal daripada England) dan suku kaum Iban selama ini hanya muncul di kaca TV sebagai pengacara dan tidak pernah membuat kemunculan di layar perak. Ini merupakan langkah yang besar buat Henry dalam kerjayanya. Tahniah sekali lagi buat Henry Golding
!

Sumber GLAM MALAYSIA, olahan oleh Wan Mohd Firdaus, 29 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











