Skip to content

HERO FIENNES TIFFIN: BINTANG YOUNG SHERLOCK YANG MEMBAWA NAMA BESAR FIENNES

Kongsikan artikel ini

Membawa nama keluarga yang cukup besar dalam dunia seni, Hero Fiennes Tiffin kini melangkah ke hadapan sebagai bintang utama dalam siri Young Sherlock.

Hero Beauregard Faulkner Fiennes Tiffin

Nama Hero Fiennes Tiffin mungkin kedengaran seperti watak dari novel klasik. Tetapi bagi pelakon Britain berusia 28 tahun ini, ia juga datang dengan beban warisan keluarga yang cukup terkenal. Dilahirkan dalam dinasti seni yang dihormati. Tiffin ialah anak kepada pengarah Martha Fiennes dan sinematografer George Tiffin, serta anak saudara kepada pelakon ternama Ralph Fiennes dan Joseph Fiennes. Dalam temu bual bersama pihak media, Tiffin mengakui dia pernah berasa sedikit malu dengan nama penuhnya, Hero Beauregard Faulkner Fiennes Tiffin. Namun kini melihatnya sebagai sesuatu yang unik dan sukar dilupakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Prime Video (@primevideo)

Young Sherlock

Kini, perhatian dunia kembali tertumpu kepadanya menerusi siri baharu Young Sherlock, di mana dia memegang watak Sherlock Holmes versi muda. Projek ini dianggap sebagai peranan impian buat Tiffin. Terutamanya kerana ia diarahkan oleh Guy Ritchi,  pengarah yang telah lama dikaguminya. Siri ini menampilkan sisi Sherlock yang lebih muda dan belum matang. Memperlihatkan perjalanan awal seorang genius yang masih belajar memahami dirinya sebelum menjadi detektif Baker Street.

Walaupun datang daripada keluarga seni yang terkenal, Hero bersikap terbuka tentang keistimewaan yang dimilikinya. Dia mengakui bahawa latar belakang keluarganya memberi peluang awal dalam industri. Tetapi pada masa yang sama dia mahu membuktikan bahawa bakat dan kerja kerasnya sendiri mampu berdiri tanpa bergantung sepenuhnya pada nama Fiennes. Dengan projek seperti Young Sherlock, bintang muda ini semakin menunjukkan bahawa dia juga sedang membina legasinya sendiri.

Artikel Berkaitan: 

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SHARIFAH ROSE: IKON GAYA DAN ASPIRASI WANITA GENERASI BAHARU

Bacaan Lanjut
GL PLAYLIST: DENGAR 12 LAGU INI SEMPENA KONSERT AKAN DATANG DI MALAYSIA

GL PLAYLIST: DENGAR 12 LAGU INI SEMPENA KONSERT AKAN DATANG DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

RAHSIA KULIT KEPALA SIHAT: PANDUAN GROOMING LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut
5 K-POP IDOL PERNAH MUNCUL DI PENTAS RUNWAY FASHION WEEK

6 K-POP IDOL PERNAH MUNCUL DI PENTAS RUNWAY FASHION WEEK

Bacaan Lanjut

SAINT LAURENT RIVE DROITE PARIS PERSEMBAHKAN PAMERAN EKSKLUSIF KARYA MAN RAY

Bacaan Lanjut

DYSON HUSHJET PURIFIER COMPACT DILANCARKAN DI MALAYSIA DENGAN TEKNOLOGI ALIRAN UDARA TERINSPIRASI ENJIN JET

Bacaan Lanjut