Skip to content

kimi noordin

HIGH PERFORMANCE 2026: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”

Kongsikan artikel ini

Enam personaliti berbeza, satu semangat yang sama. Berprestasi tinggi tanpa kompromi. Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini yang berani bergerak pantas, fokus dan berwawasan. 

Bagaimana aktiviti kecergasan yang anda ceburi membentuk disiplin dan cara anda melihat kejayaan dalam hidup dan kerjaya?

Bagi saya, sukan banyak mengajar tentang kepentingan pengurusan masa. Apabila kita membahagikan masa dengan jelas dan menetapkan rutin harian yang tersusun, segala urusan dalam kehidupan dan kerjaya menjadi lebih lancar. Dengan jadual yang padat tetapi terancang, kita secara tidak langsung menjadi lebih fokus dan produktif dalam setiap perkara yang dilakukan.

Siapakah individu yang paling mempengaruhi perjalanan aktiviti kecergasan anda, sama ada secara langsung atau tidak langsung?

Ayah saya sendiri. Dia merupakan seorang atlet sejak usia muda dan aktif bermain bola sepak sejak awal usia 20-an sehingga kini. Pada usia 56 tahun, dia masih mampu bermain seperti orang muda. Melihat konsistensi dan disiplinnya menjadi antara inspirasi utama untuk saya terus mengekalkan gaya hidup aktif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Sebagai individu yang berpengaruh dalam bidang masing-masing, apakah sebab anda menjadikan kecergasan sebagai terapi mental atau gaya hidup?

Dalam rutin harian yang padat dengan komitmen kerja, aktiviti sukan dan kecergasan menjadi ruang untuk saya melepaskan tekanan. Gimnasium adalah tempat untuk saya ‘reset’ minda, mengurangkan stres dan menjaga kesihatan mental. Aktiviti fizikal membantu saya kembali seimbang sebelum menghadapi cabaran seterusnya dalam kehidupan seharian.

Apakah perubahan paling ketara dalam diri anda sejak menjadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada gaya hidup?

Perubahan paling ketara adalah dari segi disiplin dan pengurusan masa. Jika dahulu saya cenderung untuk bertangguh, kini saya lebih menghargai masa dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Kesedaran bahawa masa adalah aset paling berharga menjadikan saya lebih konsisten dan bertanggungjawab terhadap rutin harian.

Apakah nasihat paling jujur yang anda boleh kongsikan kepada generasi muda yang ingin menjadikan sukan sebagai gaya hidup?

Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan memaksa diri melakukan aktiviti kecergasan secara berlebihan. Sebaliknya, nikmati proses tersebut kerana minat dan keseronokan akan hadir secara semula jadi. Apabila kita konsisten dan peka terhadap diri sendiri, sukan akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan dalam jangka masa panjang.

Artikel berkaitan: SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut

DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN

Bacaan Lanjut
eddy

EDDY SYAMIN, “TAHUN 2026 ADALAH TENTANG FOKUS DAN PERTUMBUHAN.”

Bacaan Lanjut

MIKI GHAZALI RANGKUL PINGAT EMAS PADA USIA 16 TAHUN

Bacaan Lanjut

COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA

Bacaan Lanjut
pelakon lelaki glam lelaki

5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026

Bacaan Lanjut