Skip to content

Hun Haqeem

HUN HAQEEM: PELAKON VERSATILE & PESONA GLOBAL

Kongsikan artikel ini

Nama Hun Haqeem muncul sebagai antara bintang muda yang pantas mencuri perhatian. Bukan sekadar kerana wajahnya yang manis dan kacak, tetapi juga kerana keupayaannya menjiwai pelbagai watak dengan penuh keyakinan. Sejak kemunculannya dalam drama dan filem popular, Hun membuktikan dirinya bukan sekadar pelakon baharu, tetapi seorang bakat versatile yang mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai genre.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Sejak kemunculannya, Hun telah membintangi pelbagai drama dan filem yang membuktikan versatilitinya sebagai seorang pelakon. Antaranya termasuklah Cari Aku Di Syurga (2019), Kampung People (2019–2020), Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020), Angkara Cinta (2020), W: Two Worlds (Malaysia) (2023–2024), serta filem terbarunya Soloz: Game of Life (2025). Deretan karya ini tidak hanya menonjolkan kehebatan bakatnya, malah meletakkannya sebagai salah seorang pelakon muda paling menonjol dalam generasinya.

Sebagai wajah generasi muda yang penuh karisma, Hun Haqeem juga merupakah wajah kepada  YSL Beauty.  Hun berani menonjolkan keaslian diri, elegan serta penuh keyakinan. Personalitinya yang segar dan versatil menjadikannya figura yang ideal untuk menghidupkan semangat jenama mewah ini, di mana fesyen dan kecantikan bertemu dengan keberanian serta ekspresi diri yang tiada batasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)


Lebih menarik, pesona Hun Haqeem tidak hanya terhad dalam radar tempatan. Gaya dan personalitinya yang segar menjadikan beliau mudah diterima oleh audiens lebih luas, sekaligus membuka potensi untuk menembusi pasaran serantau. Ditambah dengan sikap profesional dan aura antarabangsa yang dibawanya, Hun dilihat berpotensi menjadi antara ikon generasi baharu yang membawa nama Malaysia ke pentas global.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Hun Haqeem bukan sahaja hadir dengan bakat semula jadi, tetapi juga disiplin kerja yang tinggi serta keinginan untuk terus berkembang. Dengan projek-projek baharu yang sentiasa dinantikan peminat, tidak mustahil pesonanya akan terus menyerlah melangkaui sempadan. Menjadikan Hun salah satu figura paling menjanjikan dalam industri hiburan moden.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Artikel Berkaitan: 6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA



Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA

ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA

Bacaan Lanjut

SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026

Bacaan Lanjut

SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA

Bacaan Lanjut
andrew putra gimme

TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA

Bacaan Lanjut
JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA

JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA

Bacaan Lanjut

GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN

Bacaan Lanjut