Skip to content

HUSH PUPPIES THE BODY SHOE: LEBIH FRESH & FESYEN

HUSH PUPPIES THE BODY SHOE: LEBIH FRESH & FESYEN

Kongsikan artikel ini

Hush Puppies: The Body Shoe kali ini memfokuskan pemakaian kasut yang selesa buat si pemakai. Hadir dengan koleksi warna yang lebih ceria dan bentuk yang lebih elegan, Hush Puppies yakni memasuki tiga elemen yang ternyata penting untuk kesihatan juga! Peranan kasut dalam menyokong aktiviti harian bukan sahaja memfokuskan kepada fesyen, malah turut berperanan membina mood si pemakai. Pemilihan kasut yang selesa amat penting untuk kesihatan kaki kita.

 

Hush Puppies terkenal dengan pengenalan kasut kasual pertama di dunia yang diperbuat daripada suede dan digabungkan dengan pelapik kasut yang ringan. Model baharu daripada Hush Puppies ini menekankan keselesaan dan kesihatan pengguna melalui proses membangunkan teknologi dan kualiti. Dilengkapi dengan teknologi penjagaan kaki terkini termasuk kusyen yang tebal dan lembut di bahagian tumit bagi mengurangkan tekanan pada kaki.

Koleksi terbaru ini juga menggunakan bahan anti-mikrob yang dapat menyerap lembapan dan insole yang boleh disesuaikan dengan bentuk kaki. Hadir dengan tema ‘Happy From The Feet Up’, Hush Puppies ingin memperkenalkan bagaimana The Body Shoe dapat memberikan keselesaan dalam aktiviti harian anda tanpa rasa letih yang keterlaluan.

EH! mengundang aktor dan aktres terkenal Anna Jobling dan Azrel Ismail untuk mencuba lasakkan kasut Hush Puppies dengan melakukan senaman praktikal dan perjalanan seharian. Koleksi ‘Happy From The Feet Up’ ini ternyata membuatkan kedua personaliti ini riang dan selesa sepanjang memakai kasut The Body Shoe ini. Kata Azrel, aktiviti sehariannya amat padat dan perlu melewati pelbagai tempat untuk penggambaraan drama. Kasut adalah salah satu peranan penting dalam hidupnya. Setelah menyarungi kasut Men’s Spark Lace-Up, Azrel ternyata selesa dan berkata:

“The Body Shoe yang Azrel sarung ini sangat selesa! Rekaannya cantik, cool dan I’m in love with everything here. Apabila Azrel berada diluar, tekanan pada kaki terasa lebih ringan dan tidak sakit walaupun kita memakainya seharian.”

Lain pula bagi Anna, seorang yang sukakan fesyen, melihat kepada rekaan yang terkini dan sesuai dengan gaya penampilannya. Bagi Anna, rekaan kasut amat diambil berat olehnya. Kasut juga elemen penting dalam melengkapkan gaya harian kita. Anna yang menyarungi Women’s Spark Lace-Up, ternyata suka dengan rekaan corak merah jambu cair ini. Tampak lebih fresh dan sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju. Kata Anna lagi, pemakai yang inginkan rekaan kasut sporty look dan dalam masa sama, inginkan keselesaan sihat pada kaki, The Body Shoe adalah pemilihan yang tepat.

Hush Puppies terkenal dengan teknologi yang canggih dan ekskluif. Antara tiga elemen The Body Shoes: Bounce menjadikan kusyen kasut lebih lembut terutama busa tapak pada bahagian dalam dan tapak luar yang lebih tebal.

Selain itu, ciri The Body Shoes: Protect iaitu teknologi antimikrobial yang digunakan di bahagian atas kasut akan menyerap lembapan bagi memastikan kasut tidak berbau. Ciri terakhir ialah The Body Shoes: Flex, membuatkan kasut mengikut bentuk kaki, dengan cara ini kasut akan lebih selesa dipakai tanpa rasa sakit.

Kasual di luar, atletik di dalam, The Body Shoes ialah koleksi serba boleh yang direka untuk keselesaan dan digaya sepanjang hari. Sistem keselesaan unggul dalam The Body Shoes ini menggabungkan keseimbangan, kesesuaian anatomi dan kawalan iklim. Diuji oleh pakar kasut dalam biomekanik, reka bentuk unik The Body Shoes ini mampu meningkatkan gerakan jalan secara semula jadi. Menggunakan bahan premium, berteknologi tinggi dan ciri muat yang biasanya terdapat dalam kasut olahraga, menjadikan The Body Shoes, kasut kasual yang paling selesa yang boleh anda beli. Melaburlah untuk kasut yang berkualiti kerana ia dapat membantu anda bersenam dan jalani rutin harian dengan lebih puas dan selesa.

Dapatkan lebih maklumat mengenai Hush Puppies, The Body Shoe

By Farah Ain
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut