“I AM READY TO COMPETE!” – IRFAN SHAMSUDDIN KONGSI PERSEDIAAN KE SUKAN KOMANWEL 2022
Eksklusif! GLAM Lelaki berpeluang menemu bual atlet lempar cakera negara juga duta Under Armour, Irfan Shamsuddin mengenai persediaannya ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom.
Sukan Komanwel 2022 bakal bermula! Atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin yang merupakan juga duta Under Armour akan terbang ke Birmingham, United Kingdom untuk mengibarkan Jalur Gemilang di pentas sukan antarabangsa. Selari dengan moto Under Armour, “The Only Way Is Through”, Irfan Shamsuddin mahu menyinarkan kepercayaan diri dengan sentiasa bekerja keras dan tidak mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan dengan gaya hidup serta semangat kesukanan yang sebenar.
GLAM Lelaki berpeluang menemu bual Irfan Shamsuddin mengenai persediaannya ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom.
Ceritakan pengalaman anda dapat mewakili Malaysia ke Sukan Komanwel 2022?
Saya berbesar hati dapat mewakili negara ke Sukan Komanwel dan saya bertekad untuk melakukan yang terbaik serta membanggakan rakyat Malaysia! Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan dan mempercayai kebolehan diri saya, saya benar-benar menghargainya.
Kongsikan regim persediaan dan tip latihan saat akhir ke Birmingham, United Kingdom?
Persediaan saya ke Sukan Komanwel sangat mudah – berlatih bersungguh-sungguh, makan dengan seimbang dan recover dengan betul. Saya berlatih sekurang-kurangnya dua kali sehari, yang mengfokuskan kepada senaman latihan tenaga dan sesi melempar cakera. Kedua-dua latihan ini akan membantu saya bersedia untuk bertanding, dan matlamat saya untuk melempar sekurang-kurangna 60 meter ke atas ketika Sukan Komanwel.
Adakah anda sudah 100% bersedia untuk bertanding di Birmingham 2022?
I am so ready to compete! Saya kini berada di Eropah dan saya telah terbang ke Jerman, Prague, Slovakia, Norway dan juga Sweden untuk menyertai beberapa kejohanan. Saya telah menyertai kejohanan-kejohanan lokal dan mahu meninpa pengalaman daripada atlet lain. Pengalaman ini dapat membantu saya menyusun laluan persediaan ke Sukan Komanwel. Lebih banyak saya melempar, lebih tinggi peluang saya untuk mencapai matlamat saya, After all, practice makes perfect!
Harapan anda untuk Sukan Komanwel kali ini?
Harapan saya untuk mencapai jarak yang lebih jauh. Matlamat saya untuk melempar melebihi 60 meter, lebih ideal jika melepasi 62 meter. Saya bekerja kerasa dan berlatih untuk mencapat matlamat saya dan saya berharap dapat melepasi jangkaan. Lebih utama, saya mahu membanggakan negara dengan memecahkan rekod baharu.
Baca lebih lanjut: BERSANTAI SEPERTI BTS: ESTET ‘IN THE SOOP’ KINI DI AIRBNB
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER
Piala Ryder ialah pertandingan golf berkumpulan dwitahunan antara Eropah dan Amerika Syarikat. Edisi tahun ini berlangsung di Marco Simone Golf & Country Club dari 29 September hingga 1 Oktober.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Latihan ekstrem seperti rutin Crossfit mengetatkan dan menguatkan otot untuk memberi pembentukan otot dengan lebih pantas. Anda harus cuba!
ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON
US Open telah mula berlangsung 28 Ogos hingga 10 September ini sekali lagi dipertandingkan di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York.
SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO
Lima bulan menempuh alam persaraan, Safee Safi mengumumkan dia bakal menghangatkan kerusi konti sebagai penyampai radio.
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK
Wajah dari serata dunia hadir memeriahkan acara-acara fesyen utama yang berlangsung sepanjang men’s fashion week bulan lepas. GLAM Lelaki memilih lima tetamu yang stylish.