IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
Tahun 2025 menyaksikan GLAM Lelaki menampilkan barisan figura hebat, dari pelakon muda yang sedang meningkat naik, ikon skrin yang telah mengukuhkan nama, sehinggalah bintang serantau yang membawa aura antarabangsa. Setiap mereka hadir dengan pesona tersendiri. Ada yang mencorak naratif baharu dalam industri hiburan, ada yang terus memahat kedudukan sebagai wajah paling berpengaruh, dan ada juga yang mencabar batas gaya serta karisma lelaki moden. Sebagai penghias muka hadapan sepanjang tahun, lapan lelaki ini bukan sekadar simbol populariti, tetapi cerminan sebuah generasi yang bekerja keras, berani mencuba dan tidak gentar menunjukkan sisi terbaik masing-masing. Inilah imbasan istimewa barisan wajah yang mengangkat GLAM Lelaki 2025 ke kelas tersendiri.
#1 Meerqeen
Hubungan antara Meerqeen dan GLAM Lelaki semestinya sudah tercipta sejak sekian lama. Meerqeen pernah menjadi watak utama muka hadapan GLAM Lelaki sejak tahun 2021. Untuk tahun 2025, Meerqeen menjadi salah seorang cover boy istimewa sempena isu cetakan GLAM Lelaki pada bulan Mac yang lalu. Sebagai wajah muda pelakon lelaki Malaysia terkini, aura Meerqeen sebagai seorang figura awam membawa namanya ke pentas besar dalam industri lakonan, ditambah dengan ketinggian dan wajah kacaknya.
#2 Syafiq Kyle
Sebagai salah seorang pelakon paling menonjol pada tahun 2025, Syafiq Kyle turut menjadi pilihan utama GLAM Lelaki untuk menghiasi muka hadapan edisi Mac. Tahun ini menyaksikan kehadirannya dalam arena seni semakin mengukuh, terutama menerusi lakonannya dalam Blood Brothers: Bara Naga yang sekali lagi mengangkat reputasinya sebagai pelakon berkaliber. Dengan karisma tenang, rupa paras matang dan kredibiliti yang semakin kukuh, Syafiq tampil sebagai figura yang melengkapi barisan cover boy GLAM Lelaki 2025.
#3 Hun Haqeem
Hun Haqeem terus membuktikan dirinya sebagai antara pelakon muda yang paling menonjol di Malaysia. Untuk isu cetakan kedua bagi tahun 2025, Hun menghiasi muka hadapan GLAM Lelaki dengan sisi matang dan pesonanya yang semakin menyerlah pada bulan September. Dikenali dengan dedikasinya terhadap setiap watak, Hun bukan sahaja tampil sebagai pelakon versatil tetapi turut menjadi figura fesyen lelaki yang semakin mendapat perhatian.
#4 Fattah Amin
Ikon drama dan filem tempatan, Fattah Amin kembali menghiasi GLAM Lelaki sebagai pembuka tahun 2025 sebagai simbol kematangan kariernya. Dengan perjalanan seni yang sentiasa berkembang dan reputasi sebagai seorang selebriti yang berdisiplin. Buat kali keempat, Fattah menampilkan sisi lebih sofistikated dalam editorial khas kami. Karisma dan kebijaksanaannya dalam mengemudi dunia hiburan menjadikan beliau antara pilihan utama kami tahun ini.
#5 Aedy Ashraf
Aedy Ashraf meniti kemuncak populariti sepanjang 2025. Dia memperkukuh reputasinya sebagai pelakon generasi baharu yang berjiwa besar. Turut muncul sebagai cover boy GLAM Lelaki untuk edisi cetakan pada bulan Mac, Aedy memperlihatkan transformasi gaya yang lebih matang, moden dan sinematik. Persembahannya di layar kaca menjadikan beliau salah seorang figura yang wajib diperhatikan tahun ini.
#6 Reza Rahadian
Dari Indonesia ke Malaysia, bintang megah ini turut menjadi salah satu wajah eksklusif GLAM Lelaki Ogos 2025. Reza Rahadian, aktor dengan kredibiliti dan bakat luar biasa, membawa sentuhan antarabangsa ke dalam isu khas kami. Dengan portfolio lakonan yang tiada tandingan di Asia Tenggara, kemunculan Reza sebagai penghias cover GLAM Lelaki menyerlahkan kelasnya sebagai aktor serba boleh yang dihormati ramai.
#7 Awal Ashaari
Hos, pelakon, ikon fesyen dan personaliti TV yang penuh pesona. Awal Ashaari kembali ke muka hadapan GLAM Lelaki dengan aura dewasa dan elegan. Pada tahun 2025, Awal terus relevan dalam landskap hiburan dengan personaliti matang dan gaya yang semakin rapi. GLAM Lelaki merakamkan sisi dirinya yang lebih tenang, refined, dan penuh keyakinan. Bukan satu, malah dua cover GLAM Lelaki tahun ini dihiasi wajah Awal Ashaari, pada bulan Jun dan Oktober 2025.
#8 Glenn Yong
Pelakon dan penyanyi dari Singapura ini mengukuhkan pengaruhnya di rantau ini. Malah, tahun 2025, pada bulan Mei menyaksikan Glenn Yong sebagai salah seorang wajah antarabangsa pilihan GLAM Lelaki. Energi muda, wajah telegenik dan pencapaiannya dalam industri hiburan menjadikan Glenn figura yang ideal untuk menghiasi kulit majalah kami. Beliau membawa sentuhan segar dan dinamik, melengkapkan senarai lapan lelaki istimewa tahun ini.
Pautan berkaitan: THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025
Bulan November dan Disember 2025 bakal memenuhkan pawagam dengan filem-filem penuh genre menarik buat peminat filem.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
FATTAH AMIN DEDIKASI UCAPAN ULANG TAHUN MENYENTUH HATI BUAT ISTERI, AMIRA OTHMAN
Ucapan penuh kasih Fattah Amin buat Amira Othman sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu menyentuh hati ramai peminat.
7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON
Ketahui 7 karya penting yang menyentuh isu depresi remaja dan pembulian. Kesemuanya mempunyai jalan cerita yang penuh emosi, realistik, dan membuka mata.
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia tahun ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-AWAL ASHAARI
Awal Ashaari terus menjadi inspirasi buat generasi lelaki yang ingin tampil segak dengan kelas tersendiri. Pesona gayanya mengagumkan.











