Skip to content

IZZUE ISLAM BERI SUMBANGAN PELITUP MUKA BERNILAI RM35,000?

IZZUE ISLAM BERI SUMBANGAN PELITUP MUKA BERNILAI RM35,000?

Kongsikan artikel ini
1 of 2

GL tabik usaha murni yang dilakukan oleh Izzue Islam untuk membendung penularan Covid-19 yang kini berada di tahap membimbangkan.

Baru-baru ini Izzue menghulurkan 10,000 kotak pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA kepada mereka yang memerlukan iaitu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan barisan hadapan.

Namun ia bukanlah inisiatif Izzue seorang diri, sebaliknya kerjasama antara Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd dan pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah dan Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd serta pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua. Pelakon Kau Langit Aku Laut ini merupakan duta pelitup muka untuk jenama Neutrovis.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Zuraida Kamaruddin yang cukup bersyukur dengan inisiatif daripada Neutrovis dan Himaya ini.

 

Foto: Berita Harian

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI

Bacaan Lanjut

7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ

Bacaan Lanjut

FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”

Bacaan Lanjut

MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD

Bacaan Lanjut

FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG

Bacaan Lanjut