Skip to content

GRANT GUSTIN KONGSI PENGALAMAN BERDEPAN ANXIETY DAN DEPRESI

GRANT GUSTIN KONGSI PENGALAMAN BERDEPAN ANXIETY DAN DEPRESI

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Walaupun kini bergelar pelakon A-list dan bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Grant Gustin mendedahkan dia pernah melalui tekanan hebat sewaktu kecil yang memberi kesan terhadap dirinya sehingga sekarang.

Seperti yang dikongsi Gustin di podcast Inside of You Michael Rosenbaum, dia mengalami masalah ini sepanjang hidupnya. “Sejak usia saya empat atau lima tahun, saya telah berdepan dengan rasa cemas dan depresi.”

Pelakon The Flash yang kini berusia 30 tahun ini mengimbas kembali mimpi gerun-pelik yang dialaminya ketika zaman kanak-kanak dan menjelaskan, beberapa isu peribadi muncul sewaktu dia dan isteri menyertai terapi pasangan sebelum mendirikan rumah tangga.

“Saya tahu saya sentiasa berdepan dengan rasa cemas sejak dulu lagi, namun saya ingin tahu dari mana ia bermula dan mengapa saya berasa sedemikian. Rasa cemas sentiasa wujud dalam hidup saya,” katanya.

 

Foto: Instagram

 

Gustin turut mengakui dia sering memberi tekanan kepada diri sendiri. “Sudah lama saya berjaya melepaskan bebanan sedikit demi sedikit. Namun pada awal kerjaya sebagai pelakon, saya terlalu menekan diri sendiri sehingga ia mempengaruhi perjalanan kerjaya saya. Saya tidak mampu memberi tumpuan dan melakukan yang terbaik. Ia sangat mengganggu.”

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut