JAMAL ABDILLAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH
Murah rezeki penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata tidak lama lagi.
Sudah pun memiliki enam anak, penyanyi berusia 64 tahun ini berkata isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kini sedang hamil dua bulan. Bayi dalam kandungan itu merupakan anak kelima mereka.
Jamal meluahkan rasa gembira kerana impiannya untuk memiliki lima anak bersama Zai bakal menjadi kenyataan. Mengurus anak-anak kecil pada usia emas agak mencabar, namun dia bersyukur dengan adanya bantuan daripada pembantu.
“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai. Kami ada pembantu untuk menjaga mereka. Dari semasa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam. Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak. Azura dan Isaac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya menurut Harian Metro.
Cabaran Dilalui Jamal Abdillah dan Isteri
Menurut pelantun Kekasih Awal Dan Akhir ini, isterinya mengalami muntah-muntah dan alahan yang teruk. Malah dia juga tidak mempunyai selera makan, sehingga terpaksa dirawat di hospital.
“Sebelum ini dia dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama alahan, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk. Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan dia masuk hospital semula empat hari,” katanya.
Kini Zai sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). “Kepada sahabat sahabat yang isteri alahan mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu muntah dan tak makan. Kalau diberi ubat tahan muntah, boleh menyebabkan serangan jantung. Sekarang isteri saya di IJN, doakan kesembuhannya.”
Jamal dan Zai disatukan sebagai suami isteri pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2 dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Jamal juga mempunyai dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21 dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Foto: Facebook
Pautan berkaitan: “SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TINJAU KEDIAMAN MEWAH ADAM LEVINE & BEHATI PRINSLOO
Adam Levine dan isterinya memiliki sebuah rumah ladang jauh dari kota di Pacific Palisades, Los Angeles yang direka pada tahun 1930-an.
JAMAL ABDILLAH DIKURNIAKAN CAHAYA MATA KETUJUH
Kehidupan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah kini semakin meriah dengan kelahiran ahli keluarga baru.
4 AKTOR TERKENAL YANG PERNAH MENYERTAI KUMPULAN MUZIK
Berkebolehan menyanyi dan berlakon, selebriti-selebriti ini berjaya membuktikan versaliti mereka sebagai anak seni di Hollywood.
TRIO PENYANYI WANITA HEBAT MENDOMINASI PENTAS VICTORIA SECRET 2024
Trio wanita ini mencipta sejarah sebagai barisan muzik wanita pertama yang menjadi tajuk utama pertunjukan lingerie tahunan.
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?
Bekas pasangan kekasih ini dilihat menghadiri perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia pada 14 Julai lalu di Miami, Florida.
DIET ASAS TUMBUHAN ANTARA RAHSIA AWET MUDA LENNY KRAVITZ
Walaupun sudah berusia lebih separuh abad, pemuzik dan pelakon ini membuktikan dirinya masih gagah dan bergaya.