INTAI KEDIAMAN MEWAH PASANGAN ROMANTIS, MICHAEL DOUGLAS & CATHERINE ZETA-JONES
Power couple Hollywood, Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones baru-baru ini membuat keputusan menjual rumah agam mewah yang bernilai RM57 juta.
Alasannya, mereka berasa sunyi tinggal di rumah mewah Irvington yang terletak di Westchester County, New York itu setelah anak-anak berpindah keluar kerana mahu hidup berdikari. Mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Dylan, 23 dan Carys, 21.
“Ketika membeli rumah ini, saya tahu kami sekeluarga akan berkongsi banyak momen gembira di sini. Dan benar, ia menjadi kenyataan. Sekarang anak-anak kami sudah hidup berdikari, jadi ini masa yang sesuai untuk menjualnya,” kata Catherine kepada Wall Street.

Kediaman Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones di New York

Hartanah seluas 12 ekar

Mempunyai sentuhan 1920-an
Michael dan Catherina membeli kediaman dengan pemandangan indah menghadap sungai itu lima tahun lalu. Mereka bercadang untuk menghabiskan kebanyakan masa di Bermuda dan Eropah selepas ini.
Hartanah seluas 12 ekar itu dibeli pada harga RM21.2 juta pada tahun 2019. Ia kemudiannya menjalani pengubahsuaian namun ciri-ciri asal 1920-an padanya dikekalkan.
Kediaman empat tingkat seluas 11,653 kaki persegi itu memancarkan kemewahan dan kemegahan abadi dek rekaan bata dan batu gaya Georgia. Ia mempunyai lapan bilik tidur dan 12 kamar mandi.

Kolam renang

Galeri seni

Bilik belajar

Perpustakaan dua tingkat
Dekorasi Kediaman Milik Keluarga Michael Douglas
Di tingkat satu terdapat kolam renang, gimnasium dan bilik rekreasi. Ruang tamu formal, salun, ruang belajar, bilik keluarga dan dapur disambung pada galeri seni seluas 30 kaki.
Dapur chef gourmet menawarkan suasana rumah ladang moden dengan dinding berjubin putih, permukaan kaunter marmar, peralatan Miele dan perincian perkakasan emas.
Perpustakaan dua tingkat pula melambangkan keanggunan dek pengunaan dinding berpanel kayu, pendiang api kayu bata hitam, tingkap bulat Perancis, lilin antik dan candelier kristal.

Dapur chef gourmet

Ruang sarapan pagi

Kamar tidur utama

Bilik almari pakaian

Ruang tamu

Ruang makan
Berlainan pula dengan ruang tamu yang menampilkan estetika lebih kontemporari. Dinding dan perabot putih bersih serta seni moden menarik perhatian melengkapkan satu sama lain.
Ruang makan yang luas boleh memuatkan meja makan panjang untuk acara keraian dan menawarkan cahaya semula jadi.
Kamar utama mewah pula mempunyai ruang duduk, pendiang api dan bilik almari pakaian yang besar.

Bilik mandi

Teres menghadap sungai

Patio
Paling menarik perhatian pada kediaman ini adalah teres 100 kaki dengan beberapa tempat duduk yang menghadap Sungai Hudson. Juga dek dilengkapi tangga yang menghala ke kawasan patio dan taman yang menghijau.
Agensi hartanah menyifatkannya sebagai kediaman dengan keindahan, kemewahan dan privasi yang tiada tandingan.
Foto: Page Six/Daniel Milstein/Compass/Mega
Pautan berkaitan: TINJAU KEDIAMAN FUTURISTIK ALICIA KEYS, INSPIRASI RUMAH AGAM TONY SPARK DALAM FILEM IRON MAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DETIK FESYEN RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY YANG PALING DIINGATI
Pasangan popular Hollywood, Ryan Reynolds dan Blake Lively berjaya mencuri perhatian dengan fesyen memukau menerusi stail karpet merah dan gaya jalanan.
TINJAU KEDIAMAN MEWAH ADAM LEVINE & BEHATI PRINSLOO
Adam Levine dan isterinya memiliki sebuah rumah ladang jauh dari kota di Pacific Palisades, Los Angeles yang direka pada tahun 1930-an.
TINJAU RUMAH AGAM MEGA KANYE WEST DI BEVERLY HILLS BERHARGA RM157 JUTA
Memiliki portfolio hartanah yang hebat antara ‘hobi’ kebanyakan selebriti di Hollywood, dan Kanye West tidak terkecuali.
DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?
Power couple Hollywood, Ben Affleck dan Jennifer Lopez kembali menjadi topik perbualan hangat selepas dirakam beraksi mesra di sebuah hotel terkemuka.
GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY
Power couple Hollywood ini berjaya mencuri perhatian dengan penampilan fesyen memukau bukan saja menerusi stail karpet merah tetapi juga gaya jalanan.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.