Skip to content

james jirayu

JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan kemunculan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu. GLAM Lelaki terbang ke Bangkok, Thailand pada awal November lepas untuk bertemu dan menjalani penggambaran eksklusif bersama James Jirayu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

James Jirayu Tangsrisuk bukanlah nama asing dalam dunia hiburan Thailand. Aktor berusia 32 tahun ini telah memikat hati peminat di seluruh Asia melalui bakat lakonannya yang konsisten, penampilan yang karismatik, serta personaliti yang merendah diri. Sejak awal kemunculannya, James membuktikan bahawa disiplin dan kesungguhan adalah kunci untuk kekal relevan dalam industri hiburan yang semakin mencabar.

Kerjaya James melonjak selepas kejayaan drama popular ‘Suphapburut Juthathep’ (2013), yang bukan sahaja mencetuskan fenomena di Thailand malah menarik perhatian peminat antarabangsa. Lakonannya yang penuh penghayatan dalam siri tersebut memperlihatkan potensi besar sebagai aktor utama. Kemudian, melalui drama berpengaruh ‘Krong Kam (Repercussion)’ (2019). James sekali lagi menunjukkan versatiliti dan kematangan lakonan, menjadikan namanya antara yang paling digemari dalam industri.

James kembali mencuri perhatian menerusi drama terbaharu ‘Matalada’ (To the Moon and Back). Persembahan emosinya yang tulus dan mendalam menerima pujian penonton, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai pelakon yang mampu membawa apa jua watak dengan penuh keaslian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

glam lelaki james

Top & seluar kargo, DIOR, Jam, OMEGA

jirayu thailand

Jaket, COACH, Jam, OMEGA

Friend of OMEGA Thailand

Selain kejayaan dalam bidang seni, tahun lalu menyaksikan James mencipta sejarah dalam dunia fesyen apabila menjadi lelaki pertama dari Thailand yang dilantik sebagai Friend of OMEGA Thailand. Pengiktirafan oleh OMEGA menandakan pengaruh globalnya yang semakin berkembang.

Namun, antara berita paling istimewa dalam hidupnya adalah pengumuman terbaharu. James mendedahkan bahawa isterinya, Foam Benjamas, kini sedang hamil anak pertama mereka. Perkhabaran menggembirakan ini membuka lembaran baharu dalam kehidupan pasangan tersebut. Sekaligus menandakan perjalanan mereka menuju alam keibubapaan.

Dengan kerjaya yang terus berkembang, reputasi yang semakin kukuh di peringkat antarabangsa. Serta kehidupan peribadi yang memasuki fasa baharu, James Jirayu berdiri sebagai ikon hiburan Asia yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga memberi inspirasi kepada ramai.

Artikel berkaitan: KENALI ISTERI CANTIK JAMES JIRAYU, FOAM BENJAMAS

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI ISTERI CANTIK JAMES JIRAYU, FOAM BENJAMAS

Bacaan Lanjut
hakim parker

HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”

Bacaan Lanjut

HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
ridzman zidaine

5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK

Bacaan Lanjut