Skip to content

JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Perjalanan Johnny Depp Sebagai Duta Dior Sauvage

Johnny Depp telah menjadi wajah Dior Sauvage sejak 2015 dengan kempen iklan yang memaparkan dirinya sebagai pemuzik rock. Jenama itu berdepan tekanan untuk menggugurkan namanya sebelum ini selepas dia kalah dalam kes saman fitnah terhadap akhbar Britain, The Sun yang menggelarnya sebagai ‘kaki pukul bini’.

Johnny Depp

Perbicaraan saman fitnah Johnny Depp menentang bekas isterinya, Amber Heard mendominasi tajuk berita beberapa tahun kemudian. Bagaimanapun Dior teguh dengan pendirian untuk mengekalkan kontraknya. Strategi itu membuahkan hasil apabila peminat berpusu-pusu membeli Sauvage di laman sesawang seperti Sephora dan Ulta sebagai tanda sokongan kepada aktor itu sepanjang perbicaraannya.

Imej bapa kepada dua cahaya mata itu kembali bersih secara mendadak tahun lalu setelah memenangi perbicaraan menentang bekas isterinya. Hanya selepas seminggu, Dior membuat keputusan menyiarkan iklan Sauvage yang dibintanginya pada waktu perdana di saluran Fox.

johnny depp Dior

Foto: Dior

Jualan Dior Sauvage terus melonjak dan Bernard Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Dior, LVMH memetik imej Johnny Depp sebagai salah satu penyebab utama mengapa wangian itu meraih kejayaan luar biasa. Sejak dia menandatangani kontrak pertama bersama Dior, Sauvage telah menjadi wangian terlaris di dunia. Malah ia mengatasi wangian wanita terkenal daripada Chanel dan jenama tersohor lain, menurut Business of Fashion.

 

Foto: Dior

Pautan berkaitan: PERBICARAAN SAMAN FITNAH JOHNNY DEPP & AMBER HEARD DIFILEMKAN

2 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut

SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut

7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026

Bacaan Lanjut