JONATHAN BAILEY DISAHKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KEEMPAT
Aktor pujaan ramai, Jonathan Bailey mengumumkan akan muncul dalam musim terbaru siri popular Netflix, Bridgerton.
Pelakon yang mencairkan hati penonton dengan penampilannya sebagai Viscount Anthony Bridgerton berkongsi berita itu ketika membuat kemunculan di rancangan Late Night with Seth Meyers.
Jonathan yang menerajui musim kedua di samping Simone Ashley akan sekali lagi menyertai barisan pelakon untuk babak seterusnya dalam drama terbitan Shonda Rhimes itu.
Dalam wawancara sama, aktor berusia 36 tahun itu berkongsi keterujaannya untuk disatukan kembali dengan keluarga Bridgerton.
“Ia bertukar setiap tahun, atau lebih tepat setiap dua tahun,” katanya, merujuk kepada barisan pelakon utama siri itu. “Seronok dapat menjadi sebahagian daripadanya.”
Setiap musim memberi fokus pada ahli keluarga berbeza, dan dengan setiap teraju baru datangnya dinamik baharu untuk siri kegemaran ramai itu.
Kisah Cinta Diteruskan Dalam Bridgerton Musim Keempat
Musim kedua yang menyaksikan Jonathan sebagai teraju utama menjadi momen luar biasa buat pelakon itu. Dia kembali menghidupkan wataknya dalam musim ketiga di samping pelakon utama, Nicola Coughlan dan Luke Newton.
Bintang Inggeris itu turut menyatakan sokongan padunya buat peneraju musim akan datang, Luke Thompson dan pelakon tambahan yang baru diumumkan, Yerin Ha. Musim baru berkisar tentang percintaan anak lelaki kedua dalam keluarga Bridgerton iaitu Benedict.
“Ada banyak ruang untuk pelakon baru muncul dalam siri ini. Luke dan Yerin tentunya akan menjadi pasangan hebat,” katanya.
Menurut sinopsis, berbeza dengan adik-beradiknya, Benedict teragak-agak untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun segalanya berubah apabila dia bertemu seorang wanita misteri di majlis tari-menari Violet Bridgerton.
Penggambaraan musim keempat akan bermula pada minggu ini. Tarikh siaran belum didedahkan namun menurut penerbit Brownell, ia dijangka menemui penonton pada 2026.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: DRAMA TERBAHARU YANG MEMINTAS KEDUDUKAN BRIDGERTON DALAM CARTA NETFLIX
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024
Anugerah berprestij Golden Globes kini kembali buat kali ke-81 yang berlangsung di Beverly Hills, California dan menawarkan peluang kepada bintang-bintang Hollywood untuk menggayakan penampilan mereka sehingga menjadi tumpuan dunia fesyen.
TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX
Antara “Stranger Things”, “Money Heist” atau “Squid Game”, rancangan TV apakah yang paling popular di laman penstriman Netflix?
“MENGIKUTI JEJAK LANGKAH PHOEBE DYNEVOR DAN REGE-JEAN PAGE BANYAK MENGAJAR SAYA.” – JONATHAN BAILEY MENGENAI BRIDGERTON 2
Bersempena dengan pelancaran musim kedua siri Netflix popular, “Bridgerton”, GLAM LELAKI berpeluang menemu bual barisan pelakon utama iaitu Jonathan Bailey, Simone Ashley dan Charithra Chandran yang akan menerajui siri kali ini.
Regé-Jean Page Tidak Kembali Membintangi Musim Kedua Bridgerton
Pelakon kacak yang mencipta nama melalui siri hangat Bridgerton, Regé-Jean Page tidak akan kembali membintangi musim kedua drama period Netflix yang ditonton oleh 82 juta orang di seluruh dunia.