“MENGIKUTI JEJAK LANGKAH PHOEBE DYNEVOR DAN REGE-JEAN PAGE BANYAK MENGAJAR SAYA.” – JONATHAN BAILEY MENGENAI BRIDGERTON 2
Bersempena dengan pelancaran musim kedua siri Netflix popular, “Bridgerton”, GLAM LELAKI berpeluang menemu bual barisan pelakon utama iaitu Jonathan Bailey, Simone Ashley dan Charithra Chandran yang akan menerajui siri kali ini.
Berita yang dinanti-nantikan peminat di seluruh dunia sudah tiba. “Bridgerton” kini sudah kembali dengan musim kedua! Siri popular ini kembali dengan barisan pelakon utama baharu seperti Simone Ashley dan Charithra Chandran yang akan mula ditayangkan pada 25 Mac 2022 secara eksklusif di laman penstriman gergasi, Netflix.

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2022
Dalam musim kedua ini, “Bridgerton” akan fokus kepada misi pencarian cinta oleh Lord Anthony Bridgerton iaitu anak pertama dalam keluarga Bridgerton. Pencarian itu menjadi rumit apabila gadis pilihannya, Edwina Sharma mempunya kakak yang tegas bernama Kate Sharma. Seperti hubungan tiga segi, Anthony harus memilih antara tanggungjawab kepada keluarga ataupun cinta.
GLAM LELAKI berpeluang untuk menemu ramah bintang-bintang utama Bridgerton musim kedua iaitu Jonathan Bailey, Simone Ashley dan juga Charithra Chandran:

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2022
Musim ini, penonton dapat melihat kematangan dalam karakter Anthony. Apakah yang peminat boleh menjangkakan daripada watak anda kali ini?
Jonathan: Saya mengharapkan penonton dapat memahami dengan lebih mendalam tentang Anthony. Apa yang pernah terjadi kepadanya pada waktu dulu. Ketidak mampuannya untuk menjalani kehidupan dengan cara yang lebih sihat. Pada episod awal musim ini, penonton dapat memahami mengenai sistem patriakal dalam masyarakat dahulu. Dia sebagai anak lelaki perlu mewarisi tanggungjawab keluarga, dan dalam masa yang sama masih diselubungi dengan kesedihan. Ia seperti evolusi dirinya telah dicuri melalui kesedihan dan tanggungjawan kepada keluarga untuk memberikan sokongan, dan menjadi ‘bapa angkat’ kepada adik-adiknya serta ‘suami angkat’ kepada ibunya juga. Dia perlu berhadapan dengan isu-isu tersebut sebelum dia bersedia untuk membuka hati kepada cinta. Itulah yang membuat kisahnya lebih menarik, dan Kate pula seperti pasangan yang sempurna kepadanya kerana mereka berkongsi pengalaman yang hampir sama.
Simone: Ia sangat menarik menyaksikan dua karakter yang “dominan” dan mengetuai keluarga masing-masing bersatu. Pertemuan yang terbaik tetapi juga sangat berbahaya kerana mereka tidak perlu menjawab kepada orang lain kecuali diri mereka sendiri.

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2021
Dengan kejayaan Bridgerton pada musim pertama, apakah perasaan anda berpeluang menyertai siri ini?
Simone: Sangat mengujakan! Saya sangat bersyukur diberikan karakter ini. Saya masih lagi ingat ketika musim pertama keluar ketika musim Krismas, dan saya masih lagi dalam penggambaran siri Sex Education ketika itu. Kami semua berada di dalam kereta dan berborak menegani Bridgeton, dan kini ditawarkan peluang untuk menyertainya, betul-betul mengujakan. Saya mendapat tawaran ketika masih bekerja untuk projek lain, dan tidak boleh berkongsi kepada sesiapa pun.
Charithra: Ia seperti gabungan antara keterujaan serta gementar untuk menyertai musim kedua ini. Pertamanya, saya gembira dapat menyertai rancangan yang disukai ramai dan cukup berjaya, dan hasilnya pasti akan memukau. Kedua pula, ia memberikan tekanan kepada diri. Saya berharap musim kedua ini akan menepati ekspektasi penonton dan peminat.
Baca lebih lanjut: MENGAPA ANUGERAH AKADEMI DIGELAR SEBAGAI OSCAR?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG BINTANG ‘CARTER’, JOO WON
Dari “The Bridal Mask” kepada filem seperti “Fatal Intuituion” dan “Sweet Sixteen”, Joo Won kini kembali dengan filem terbaharu Netflix yang penuh dengan aksi berjudul “Carter.”
RAIH KEJAYAAN DI 92 NEGARA, THE GRAY MAN BAKAL TAMPIL DENGAN FILEM SEKUEL
Selepas kejayaan The Gray Man yang meraih pujian hebat dari seluruh dunia, filem itu diberi lampu hijau untuk dikembangkan menjadi francais.
PRISM+ Q65 PRO QUANTUM EDITION, TELEVISYEN ANDROID PREMIUM PALING BERPATUTAN
Pengarang Digital, Muzammin Muzlan berpeluang mencuba sendiri model televisyen premium Android terbaharu PRISM+ Q65 PRO Quantum Edition yang penuh dengan kejutan.
NETFLIX TEROKAI PERJALANAN HIDUP DAVID BECKHAM DALAM SIRI DOKUMENTARI
Dokumentari eksklusif terbitan Netflix ini akan menampilkan rakaman daripada arkib peribadi David Beckham yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini.
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022
Laman penstriman utama Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang Julai 2022.
5 SOALAN BERSAMA BINTANG ‘MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA’, PARK HAE-SOO
Pelakon Squid Game, Park Hae-soo yang bakal menggalas watak Berlin berkongsi pengalaman membintangi siri adaptasi popular Netflix, “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”.