Skip to content

“MENGIKUTI JEJAK LANGKAH PHOEBE DYNEVOR DAN REGE-JEAN PAGE BANYAK MENGAJAR SAYA.” – JONATHAN BAILEY MENGENAI BRIDGERTON 2

Kongsikan artikel ini
2 of 4

Apakah perasaan anda kembali untuk musim kedua, dan adakah kejayaan musim pertama mengubah persepsi anda?

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2022

Jonathan: Mengikuti jejak langkah Phoebe Dynevor dan Regé-Jean Page telah banyak mengajar saya. Memikul tanggungjawab ini sangatmengujakan dari pelbagai aspek. Musim ini memerlukan saya lebih tenang dan sentiasa bersedia. Ia juga membuat saya lebih fit, saya akan memastikan saya makan dengan betul dan tidur secukupnya, dan perkara lain akan datang dengan mudah. Saya sedar watak ini tidak akan datang selalki dan saya sangat-sangat bersyukur. Dan saya teruja untuk melepaskan kepada adik-beradik Bridgerton yang seterusnya.

Apakah perasaan anda sebagai wanita berbangsa India atau Asia Selatan, yang berkulit gelap terpilih untuk menerajui siri televisyen sebesar ini?

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2022

Charithra: Saya pasti Simone akan bersetuju jika saya kata itulah sebab mengapa kita melakukannya. Sepanjang hidup saya dan membesar dengan berkulit gelap itulah saya selalu dengar. Nenek saya berkulit cerah. Orang-orang di jalanan India akan memberitahu saya akan lebih comel jika saya mempunyai kulit seperti nenek saya. Lebih-lebih lagi buat mereka yang berketurunan Tamil seperti kami. Secara naturalnya berkulit gelap.

Apa yang saya suka mengenai rancangan ini ia meraikan dua wanita seperti kami. Bukan hanya kerana luaran kami. Kedua-dua pelakon utama musim ini berkulit gelap tetapi ia bukan itu sahaja. Ia memberikan statement yang kuat, tetapi ia bukan menjadi fokus utama. Ianya lebih berkuasa daripada itu.

Simone: Saya sukakan warna kulit saya! Saya merasakan, saya sentiasa mencuba untuk tidak memberikan perhatian kepada perkara ini yang masih menjadi isu dalam dunia hari ini. Suka atau tidak, kami diberikan peluang dan platform untuk mewakili serta memberikan mesej kepada penonton.

Apa yang saya boleh lakukan dengan ruang ini adalah menyuntikkan keseronokan kepada perkara ini, dan menjadikan ia perkara normal. Juga memberikan suara kepada wanita-wanita berkulit gelap, terutamanya wanita India untuk untuk tidak gentar untuk menjalani kehidupan yang terbaik dan sepenuhnya.

Charithra: Apa yang boleh saya tambah adalah semua bahagian produksi seperti pencahayaan, kostum dan solekan, mereka semua mahu memastikan kulit kami kelihatan cantik dan bersinar di dalam skrin. Enam tahun lalu mungin tidak seperti ini. Saya bersyukur dengan pencapaian dan perjalanan industri seni selama ini yang mahu melihat wanita seperti kami berjaya.

Jonathan: Saya juga mahu menambah. Apabila saya pertama kali melihat poster untuk musim kedua, diapit oleh dua wanita hebat seperti mereka merupakan antara momen yang paling membanggakan bagi saya.

Baca lebih lanjut: TEROKAI DUNIA NESPRESSO MIAMI

2 of 4

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024

Bacaan Lanjut
David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Bacaan Lanjut

KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ

Bacaan Lanjut
rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

Bacaan Lanjut