Skip to content

“MENGIKUTI JEJAK LANGKAH PHOEBE DYNEVOR DAN REGE-JEAN PAGE BANYAK MENGAJAR SAYA.” – JONATHAN BAILEY MENGENAI BRIDGERTON 2

Kongsikan artikel ini
3 of 4

Bagaimanakah pengalaman berlakon bersama Simone dan juga Charithra?

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2022

Anthony: Bekerja dengan Simone dan Charithra cukup menyeronokan. Ada sesuatu yang istimewa ketika berjumpa dengan Simone buat pertama kali, dan ia berterusan sejak itu. Ketika kami berlakon bersama, seperti kami berada dalam terowong yang sama. Kami berkongsi ketawa, tetapi kami juga menyokong antara satu sama lain dan tidak memberikan kesan, Ianya cukup magikal. Dan Simone adalah pilihan yang sempurna sebagai Kate. Charithra juga, dia sangat dan bijak dan mengujakan. Kami dari bandar yang sama, dan kami pergi ke sekolah yang hampir sama juga. Dia seperti ahli kepada kumpulan, sama seperti Simone. Dia hadir ke set cukup bersedia dan mudah, dan sekarang saya tidak boleh membayangkan Bridgerton tanpa the Sharmas.

Penonton boleh melihat banyak pergaduhan atau pertengkaran antara Anthony dan Kate. Bilakah persahabatan antara mereka bertukar menjadi cinta?

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2022

Simone: Mereka sentiasa menjadi diri sendiri apabila bersama dan mereka juga tidak gentar untuk berhadapan antara satu sama lain. Adakalanya orang yang mempunyai semnagat yang luar biasa seperti Anthony dan Kate akan bertindak lebih agresif dan perlu belajar untuk berkomunikasi dan berekspresi dengan lebih baik. Mereka mempunyai kesabaran yang tinggi antara mereka. Mereka tidak biasa berjumpa dengan sesorang yang tidak mudah mengalah seperti diri mereka sendiri.

Jonathan: Saya merasakan Anthony jatuh cinta dengan Kate pada pertemuan pertama mereka. Saya merasakan ia sangat mengelirukan kerana mereka seperti bermusuhan. Ia seperti cerminan kepada personaliti diri yang akan benci pada diri sendiri. Dan sebenarnya, Anthony adalah musuh sebenar kepada dirinya sendiri. Mereka juga keliru. Seperti dua planet di orbit sama, mereka akhirnya akan bertembung.

Simone: Ya. Saya merasakan Anthony menyedari perasaan antara mereka itu terlebih dahulu berbanding Kate.

Jonathan: Anthony juga mahu mengeluarkan cinta daripada dirinya. Itulah yang menghalang penyatuan antara mereka itu. Dan akhirnya, Edwina yang membantu mereka bersatu ke garis penamat.

Charithra: You’re welcome, guys hahaha….

Baca lebih lanjut: 6 PERKARA YANG HARUS ANDA KETAHUI SEBELUM KE GENTING SKYWORLDS

3 of 4

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024

Bacaan Lanjut
David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Bacaan Lanjut

KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ

Bacaan Lanjut
rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

Bacaan Lanjut