JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?
Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan antara Joseph Quinn dan Doja Cat baru- baru ini.
Tanggal 17 Ogos lalu, pelakon dan penyanyi itu dirakam berpegangan tangan sewaktu berjalan-jalan di sekitar London. Menerusi foto yang tular di internet, Joseph menampilkan gaya bisnes kasual dalam kemeja biru, celana hitam dan tali pinggang sedondon.
Doja juga tidak kalah bergaya. Pelantun Kiss Me More itu memadankan baju crop jarang hitam bersama skirt rona sepadan lengkap dengan tali pinggang. Cermin mata bergaya menyempurnakan penampilannya yang anggun.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(499x0:501x2):format(webp)/doja-cat-joseph-quinn-082024-2-eb102070cd7046d284b72d6ba7390558.jpg)
Foto: WJ_Images/Backgrid
Kelibat pasangan itu dirakam sehari sebelum laman gosip selebriti Deuxmoi mendedahkan perhubungan mereka kepada umum. Dalam klip yang dikongsi, Joseph dan Doja dilihat berjalan sambil memeluk satu sama lain. Video itu dirakam dua minggu sebelumnya.
Perjalanan Cinta Joseph Quinn Dan Doja Cat
Walaupun ini merupakan penampilan pertama mereka di tempat awam, pasangan itu sudah pun dikaitkan bersama sejak tahun 2022 lagi. Iaitu selepas Doja menghantar mesej kepada pelakon gandingan Joseph dalam Stranger Things, Noah Schnapp untuk menjodohkan mereka berdua.
“Noah, boleh minta Joseph menghubungi saya? Oh sekejap. Adakah dia mempunyai teman wanita?” tulis Doja dalam mesej yang didedahkan Noah di TikTok.
Bagaimanapun video itu telah pun dipadam selepas Doja mengecam tindakan Noah mendedahkan perbualan peribadi mereka kepada umum.
Sebelum menjalin hubungan dengan Joseph, penyanyi tersebut pernah dikaitkan dengan J Cyrus dan French Montana. Aktor A Quiet Place: Day One itu pula pernah dilaporkan bercinta dengan model Alicia Davis dan pemuzik Alana Haim.
Foto: Unilad
Pautan berkaitan: PERCINTAAN HARRY STYLES & TAYLOR RUSSELL PUTUS DI TENGAH JALAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT
Spekulasi percintaan antara Pedro Pascal dan Jennifer Aniston bertebaran. Adakah dunia bakal menyaksikan sepasang lagi ‘power couple Hollywood’ dilahirkan?
FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN
Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter.
JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM
Hampir sepuluh tahun menjalani kehidupan tanpa kehadiran isteri di sisi, Justin Theroux akhirnya kembali bergelar suami.
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER
Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal percintaannya kepada dunia.
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak.
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?
Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan tidak dijangka selepas Tom Cruise dan Ana de Armas dirakam meluangkan masa bersama di London.