JOVIAN MENDAGIE HOS BERSAMA SAY YES TO THE DRESS ASIA
Saluran hiburan dan gaya hidup yang menarik, TLC telah mengesahkan bahawa dua personaliti Malaysia, pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dan penyampai televisyen/ pelakon, Daphne Iking akan menjadi pengacara untuk rancangan realiti siri televisyen, Say Yes To The Dress Asia.

Bakal pengantin pastinya akan berasa teruja apabila mengetahui bahawa Jovian Mandagie akan menjadi salah seorang pengacara rancangan ini. Nama Jovian Mandagie sememangnya dikenali sebagai salah seorang pereka fesyen terkemuka Malaysia. Rekaan haute couture Jovia adalah antara yang menjadi faktor kejayaannya. Dia juga turut meraih pelanggan eksklusif di kalangan elit Kuala Lumpur dan royalti Malaysia termasuk bekas Raja Permaisuri Agong H.R.H.D.Y.M.M Tuanku Nur Zahirah dan HM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dari Brunei.
Pelakon dan personaliti televisyen popular, Daphne Iking telah mengacara beberapa program terkenal antaranya Ringgit Sense, Explorace, The Breakfast Show dan Bella. Selain itu, dia juga turut memberikan peminatnya untuk melayari perjalanan dan kehidupan keluarganya melalui vlog di saluran YouTube miliknya yang telah meraih lebih daripada 25,000 pengikut.

Dihasilkan oleh Endemol Shine Asia, rancangan realiti ini mengisahkan tentang emosi bakal pengantin dalam perjalanan mereka untuk mencari gaun pengantin yang sesuai bersama dengan cadangan profesional dari pakar yang dipilih oleh siri ini. Difilemkan di kawasan Lembah Klang, Malaysia, siri ini juga turut mengetengahkan pelbagai budaya unik di Asia Tenggara dan kisah dalam pemilihan baju impian yang disokong oleh berkat insan yang disayangi.
Rancangan Say Yes To The Dress Asia akan ditayangkan di saluran TLC pada suku keempat 2017. Jangan lupa untuk ikuti saluran TLC di Facebook, Instagram dan juga laman web TLC untuk maklumat terkini tentang rancangan terkini di saluran TLC.
Sumber: Majalah Jelita
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.










