Skip to content

JUSTIN BIEBER DIJANGKITI COVID-19

JUSTIN BIEBER DIJANGKITI COVID-19

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Pelantun lagu Ghost, Justin Bieber disahkan menghidap Covid-19 sekali gus memaksanya menangguhkan konsert Justice World Tour yang baru bermula tiga hari lalu.

Persembahan pertama Justin di San Diego Jumaat lalu berlangsung meriah dengan kehadiran dan sorakan padu peminat setia termasuk isterinya sendiri, Hailey Bieber.

Penyanyi kelahiran Kanada itu dijadualkan membuat persembahan seterusnya di Arena T-Mobile Las Vegas semalam namun kini ditunda kepada tarikh baharu iaitu 28 Jun. Persembahan seterusnya di Glendle Arizona yang sepatutnya berlangsung pada 22 Februari turut dijadualkan semula pada 30 Jun.

Menurut pihak penganjur, Justice World Tour yang berlangsung selama setahun dari 18 Februari 2022 hingga 23 Mac 2023 bakal menghiburkan peminat di lebih 20 negara dari lima benua.

Selain membuat persembahan, Justin dikatakan akan turut memberi ganjaran kepada peminat di setiap lokasi konsert yang bangkit dan membantu dengan inisiatif seperti perubahan iklim, pendaftaran pengundi serta pembaharuan keadilan jenayah.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut