“KAD OKU ACE IS HERE” – DR SAY SAYU TUNTUT HAK ANAK ISTIMEWA
Dr Say Akur Anak Sulungnya Kini Berstatus OKU
Dr Say mengakui berasa sayu melihat kad yang berada di tangannya, bagaimanapun dia tidak sedih apatah lagi berasa malu. “Dalam kereta saya amati elok-elok kad itu. Besar tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya, dan ada gambar Ace senyum yang cukup suci, ikhlas dan naif. Berjurai air mata saya, tidak tahu sebab apa.
“Nak kata malu pegang Kad OKU ini, sikit pun tak sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau isteri tiada di dunia ini. Nak kata sedih anak saya OKU tidak juga sebab tak bermakna dia tidak boleh menikmati dunia ini seperti kanak-kanak lain. Saya serius tak tahu mengapa saya sayu. Tetapi saya mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat bahawa anak lelaki saya secara rasminya berbeza.”
Dr Say menyedari ramai netizen mempersoalkan tindakannya memohon Kad OKU buat Ace. Justeru dia mendedahkan kelebihannya dan menyeru ibu bapa lain agar mengikut jejak langkahnya.
“Kalau kalian tak tahu, Kad OKU ini ada banyak keistimewaan. Antaranya pengecualian bayaran MyKad, bayaran rawatan perubatan dan butterfly effect bila mengembara. Tapi kata duanya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad inilah akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat. Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu sebab kerajaan betul-betul nak bantu kita dengan pelbagai keistimewaan. My son has an OKU card and I am content,” luahnya panjang lebar.
Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna ia mempengaruhi perkembangan otak seseorang, membuatkannya hidup dalam dunia sendiri. Ia memberi kesan terhadap tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkah laku. Justeru kanak-kanak yang menghidap gangguan ini mengalami masalah pertuturan, emosi, pemikiran dan pola permainan.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!
Memegang impian dalam memecahkan stigma yang berselubung kelompok bapa masa kini; Dr Say atau Shazril Shaharuddin, 34, tampil menghadirkan perubahan dalam bergelar bapa alaf baharu.
NETIZEN PUJI KEPRIHATINAN KJ BANTU GOLONGAN AUTISME
Memiliki seorang anak 'istimewa' membuka jalan buat YB KJ menyeru perhatian dan keprihatinan masyarakat terhadap isu golongan autisme.