KEBENARAN MENGENAI BERITA PERTUNANGAN SHARNAAZ AHMAD
Selepas netizen dikejutkan dengan berita pertunangan Shila Amzah dan Ubai beberapa hari lalu, kini Sharnaaz Ahmad pula tampil dengan kejutan serupa.
Semalam tular sekeping foto pelakon itu di atas pelamin bersama seorang wanita yang wajahnya ditutup menggunakan bunga tangan. Sharnaaz Ahmad kelihatan segak dalam baju Melayu rona biru lengkap dengan songkok dan sampin, manakala pasangannya anggun dalam persalinan rona sedondon. Turut kelihatan adalah anak lelakinya, Jebat Jayden.

Foto: Ohbulan!
Foto itu dikongsi sendiri olehnya di akaun Instagram dengan kapsyen, “Maaf bukan lagi duda pilihan anda! Syukur.” Dia turut meletakkan tanda pagar #SxAeday, #MamuKenaGari, #DalamHatiAdaTaman. Perkongsian itu mencuri perhatian netizen yang beranggapan bahawa dia telah pun mengikat tali pertunangan. Walaupun wajah wanita di atas pelamin itu tidak didedahkan, ramai percaya dia adalah Amelia Christie Lim, pelakon baru dan teman wanita Sharnaaz Ahmad. Hantaran itu dipadam tidak lama kemudian.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.











