KEBENARAN MENGENAI BERITA PERTUNANGAN SHARNAAZ AHMAD
Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Jawapan
Menerusi satu perkongsian bersama Kosmo, Sharnaaz Ahmad menafikan perkara itu dengan berkata, “Tak. Gimik. Itu sahaja saya boleh kata.” Tambahnya, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa foto itu dipadam selang beberapa minit selepas dimuat naik.
“Malas nak layan. Saya banyak kerja sebab itu saya padam gambar. Tunggu ‘posting’ yang betul nanti. Lantak merekalah nak tulis apa dah memang kerja mereka. Tunggu muat naik yang sudah disunting nanti.”

Foto: Ohbulan!
Aktor berusia 38 tahun itu berkata segelintir pihak membuat andaian sendiri mengenai wanita dalam foto yang dikongsi sedangkan wajahnya langsung tidak didedahkan. “Apa benda? Mana ada Amelia. Jangan memandai Mat.” Bagaimanapun penjelasan itu dilihat masih samar. Justeru tidak dapat dipastikan sama ada pelakon itu telah pun bertunang namun masih mahu merahsiakan, atau kebenarannya seperti yang dikata – sekadar gimik.
Awal bulan ini perhubungan mereka hangat diperkatakan netizen, malah pelakon itu mengakui sedang rapat dengan Amelia Christie Lim. Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Noor Nabila pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: ANGKARA FATTAH AMIN, NEELOFA ‘BERPERANG’ DENGAN BAKAL IPAR, SHARNAAZ AHMAD?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











