Skip to content

KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT

KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT

Kongsikan artikel ini

Spekulasi percintaan antara Pedro Pascal dan Jennifer Aniston bertebaran. Adakah dunia bakal menyaksikan sepasang lagi ‘power couple Hollywood’ dilahirkan?

Bibit-bibit cinta antara Pedro dan Jennifer dikhabarkan sedang berputik selepas mereka dilihat menikmati malam malam bersama selama tiga jam.

Kelibat bintang Friends dan Gladiator II itu dirakam keluar dari Tower Bar, Sunset Tower Hotel di West Hollywood, California dan berbual mesra di sekitar kawasan valet Ahad lalu.

Jennifer Aniston Pedro Pascal

Foto: Backgrid

Foto: Backgrid

Aktres berusia 56 tahun itu kelihatan bersahaja dalam kemeja-T putih yang dipadankan bersama jaket kulit, celana biru dan but. Pedro, 49, turut tampil kasual dalam jaket kulit, celana denim dan kasut.

Kebenaran Hubungan Pedro Pascal & Jennifer Aniston

Spekulasi yang hangat bertebaran itu nyata mengujakan peminat. Ramai berpendapat Pedro dan Jennifer merupakan pasangan yang secocok. Bagaimanapun ketika menghadiri tayangan perdana The Last of Us musim kedua baru-baru ini, aktor itu berkata perhubungan mereka hanya platonik.

“Saya dan Jennifer berkawan baik. Dan saya ada jemputan makan malam (bersamanya) Ahad lalu,” katanya kepada Entertainment Tonight.

Pedro sempat berseloroh mengatakan spekulasi percintaan yang menjadi tajuk utama adalah disebabkan populariti Jennifer, bukan dirinya. “Itulah kuasa Jennifer. Saya hanya menumpang cahaya bintangnya,” ujarnya sambil tersenyum.

Foto: Backgrid

Sebelum ini satu sumber terdekat mendedahkan kepada Page Six bahawa kedua-duanya tidak menjalin hubungan cinta.

“Tidak wujud hubungan romantis antara Jennifer Aniston dan Pedro pascal. Mereka menghormati satu sama lain sebagai artis dan hubungan mereka hanya platonik, bukan pasangan kekasih,” kata sumber.

Jennifer sebelum ini pernah berkahwin dengan Brad Pitt dari 2000 hingga 2005, juga dengan Justin Theroux dari 2015 hingga 2018. Pedro pula pernah dilaporkan bercinta dengan aktres Maria Dizzia, Lena Headey dan Robin Tunney.

 

Foto: Parade

Pautan berkaitan: TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN

FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN

Bacaan Lanjut
JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM

JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM

Bacaan Lanjut
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER

GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER

Bacaan Lanjut
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

Bacaan Lanjut
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

Bacaan Lanjut
KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER

KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER

Bacaan Lanjut