Skip to content

KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA

KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA

Kongsikan artikel ini

Lima tahun hidup solo setelah bercerai, Keith Foo akhirnya menemui insan istimewa yang kini bertakhta di hatinya.

Wanita yang dimaksudkan adalah aktres Riena Diana. Cinta mereka berputik tanpa sengaja ketika sama-sama membintangi drama TV3, Salju Rindu.

Dalam satu temu bual, Keith berkata dia tidak menyangka perhubungan mereka akan sampai ke tahap ini. Namun, Riena mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

“Dia ada segalanya yang saya mahukan dalam diri seorang wanita. Dia adalah bukti yang saya boleh jatuh cinta. Saya ingat saya takkan alami momen ini dalam hidup saya, dan saya sedang jalaninya sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami.

“Ia masih a learning process untuk saya tapi saya rasa ini adalah masa terbaik untuk kami. Jadi saya minta anda semua doakan yang terbaik supaya hubungan ini akan jadi lebih indah untuk ke depannya,” ujarnya.

Riena diana keith foo

Foto: Harian Metro

Keith Foo & Riena Diana Serasi Bersama

Walaupun mempunyai jurang usia 15 tahun, ia tidak menjadi penghalang untuk pasangan ini menjalin hubungan romantis. Riena turut memberi jawapan panjang lebar apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan bapa tunggal berusia 41 tahun itu.

“Keith seorang lelaki yang baik dan kami mengambil berat antara satu sama lain. Saya tahu mengenai statusnya (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya. Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya.

“Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang. Saya enggan terlalu memikirkan soal perhubungan ini, sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Keith pernah berkahwin dengan model Kim Raymond pada 2015 namun bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang puteri, Skylar Raymond Foo, 7.

Keith Foo

Foto: Instagram

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: JALAN BERPIMPIN TANGAN, KEITH FOO & TIZ ZAQYAH KINI DILAMUN CINTA?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

“JANGAN PUJUK” - DIANA DANIELLE NEKAD FAILKAN PERCERAIAN TERHADAP FARID KAMIL

“JANGAN PUJUK” – DIANA DANIELLE NEKAD FAILKAN PERCERAIAN TERHADAP FARID KAMIL

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET

TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON TIMANG ANAK KEDUA

TAHNIAH! AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON TIMANG ANAK KEDUA

Bacaan Lanjut
AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

Bacaan Lanjut
JALAN BERPIMPIN TANGAN, KEITH FOO & TIZ ZAQYAH KINI DILAMUN CINTA?

JALAN BERPIMPIN TANGAN, KEITH FOO & TIZ ZAQYAH KINI DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
Mark Adam & Fizie Ucap Selamat Tinggal Kepada Hot FM

MARK ADAM & FIZIE UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA HOT FM

Bacaan Lanjut