KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN
Bintang Spider-Man, Tom Holland dan Zendaya tidak pernah gagal bergaya sebagai pasangan.
Baru-baru ini Zendaya dilihat hadir ke majlis pelancaran Bero, jenama bir tanpa alkohol milik teman lelakinya di New York City. Kedua-duanya dengan pantas mencuri tumpuan hadirin dalam persalinan sedondon berwarna merah hati.
Zendaya kelihatan anggun dalam gaun ketat Louis Vuitton fabrik kulit dengan belah seksi di bahagian paha. Gayanya disempurnakan dengan sepatu Christian Louboutin So Kate dan rantai Bulgari.

Foto: GC Images

Foto: GC Images
Tom juga tidak mahu kalah bergaya. Aktor berusia 28 tahun itu menyarung kemeja-T rona sedondon yang dipadankan bersama celana hitam dan sniker putih.
Bintang Uncharted yang kini bebas daripada alkohol itu mengumumkan perniagaan terbarunya menerusi satu hantaran di Instagram pada 17 Oktober lalu.
“Saya ingin memperkenalkan kepada anda @berobrewing, bir premium tanpa alkohol! Bero dicipta daripada perjalanan peribadi saya dan saya amat berbangga atas pelancarannya. Selepas setahun menyiapkannya, saya sangat teruja kerana dapat berkongsi dengan anda akhirnya,” tulisnya.

Foto: Rommel Demano/BFA.com

Foto: Rommel Demano/BFA.com
Pada acara tersebut, pasangan itu dilihat bergambar dan berpegangan tangan sambil beramah mesra dengan tetamu.
Sokongan Zendaya Buat Tom Holland & Bero
Pada awal pagi sebelum majlis pelancaran bermula, aktres berusia 28 tahun itu dilihat memberi sokongan kepada kekasihnya dengan menggayakan topi besbol yang tertulis ‘Bero’. Ia dijual di laman web rasmi jenama itu pada harga USD40.

Foto: GC Images
Zendaya memadankan topi rona putih-hijau itu dengan persalinan kasual serba putih dan beg tote Neverfull Louis Vuitton berwarna hitam.
Pasangan ini sememangnya terkenal dengan penampilan sedondon kala menghadiri acara mahupun ketika keluar berlibur. September lalu mereka dirakam menggayakan singlet putih sepadan kala berjanji temu di Calabasas, California.
Zendaya memadankan bajunya dengan seluar pendek Bermuda rona hitam manakala teman lelakinya memilih celana panjang berwarna coklat.

Foto: Backgrid
Foto: Page Six
Pautan berkaitan: ANTONIO BANDERAS SERAH ‘TOPENG’ KEPADA TOM HOLLAND
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN
Selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia akhirnya berkongsi wajah dan nama anak kelima mereka bersama peminat.
TOM HOLLAND & ZENDAYA DISATUKAN DALAM FILEM BARU CHRISTOPHER NOLAN
Filem arahan Christopher Nolan ini akan memulakan penggambaran pada awal 2025 dan dijangka menemui penonton di layar perak pada 17 Julai 2026.