Skip to content

KENALI ANAK LELAKI SELEBRITI MALAYSIA YANG MAKIN MENJADI PERHATIAN

KENALI ANAK LELAKI SELEBRITI MALAYSIA YANG MAKIN MENJADI PERHATIAN

Kongsikan artikel ini

Generasi baharu buat anak lelaki selebriti di Malaysia semakin lama menjadi bualan ramai kerana karenah tersendiri. 

Dalam dunia hiburan Malaysia, nama besar selebriti sering mencuri tumpuan. Namun, terdapat generasi baharu mereka. Anak-anak lelaki selebriti kini semakin mencuri pandangan. Bukan sekadar kerana darah seni atau keturunan glamour, tetapi kerana personaliti, pilihan hidup, dan potensi mereka sendiri. Dari remaja yang mengejar pendidikan di luar negara hingga ke pemuda yang mula membina identiti dalam muzik dan media sosial. Wajah-wajah muda ini sedang menandakan kehadiran mereka dalam cara yang lebih matang dan relevan dengan zaman Gen Z.

Tidak seperti generasi sebelum ini yang mungkin hanya dikenali sebagai “anak kepada” selebriti, golongan muda ini mempunyai cerita tersendiri. Ada yang mula mencipta nama melalui bakat seni, ada yang memikat netizen melalui gaya hidup dan sosial media. Sementara itu, ada juga yang mula mengasah minat mereka jauh dari sorotan glamor ibu bapa. Mereka adalah simbol peralihan — dari cahaya lampu pentas ibu bapa mereka ke pentas kehidupan mereka sendiri.

#1 Danish Anaqi — Anak Sulung Aaron Aziz

Danish Anaqi ialah anak sulung kepada pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik. Kini berusia sekitar 20 tahun, Danish menarik perhatian ramai apabila dia memilih untuk meneruskan pendidikan di Jepun, satu keputusan yang mencerminkan kematangan dan keazaman membina masa depan sendiri jauh daripada dunia glamor. Pilihan hidup Danish ini dipuji ramai, termasuk peminat bapanya, yang melihatnya sebagai contoh anak selebriti yang fokus pada pendidikan dan pembentukan diri. Dengan wajah yang sering dikatakan memiliki aura Jepun dan gaya yang ringkas, Danish Anaqi kini dilihat sebagai figura Gen Z yang berpotensi besar. Tidak kira di hadapan kamera atau di luar sorotan hiburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by دانش (@danishanaqiaaron)

#2 Ammar Ahyan — Anak Sulung Aliff Syukri

Ammar Ahyan merupakan anak sulung kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida. Pada usia sekitar 17 tahun, Ammar semakin dikenali melalui kemunculannya di media sosial, terutamanya dalam siaran langsung dan kandungan keluarga yang sering mendapat perhatian netizen. Ammar juga menjadi bualan apabila menerima hadiah kereta mewah selepas memperoleh lesen memandu. Ini merupakan satu momen yang menandakan peralihannya daripada remaja kepada fasa kehidupan yang lebih berdikari. Walaupun dibesarkan dalam persekitaran mewah, Ammar dilihat semakin selesa membina identiti sendiri dan berinteraksi secara semula jadi dengan pengikutnya.

anak lelaki selebriti malaysia

#3 Ahmad Dayyan (Amad) — Anak Penyanyi Siti Saerah

Ahmad Daiyan, atau lebih mesra dikenali sebagai Amad, ialah anak lelaki kepada penyanyi Siti Saerah dan anak saudara kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Walaupun masih berusia sekitar 14 tahun, bakat nyanyiannya telah mula menarik perhatian ramai apabila beberapa persembahannya tular di media sosial. Dengan sokongan keluarga seni yang kuat, Amad dilihat memiliki asas vokal yang baik. Dia turut meraih keyakinan yang jarang dimiliki pada usia muda. Walaupun masih di bangku sekolah, ramai pemerhati industri melihatnya sebagai antara bakat muda yang berpotensi untuk berkembang dalam dunia muzik tempatan pada masa hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zool Mimi (@zoolmimi)

#4 Putra Ahmad Merrah — Anak Legenda Rock Awie

Putra Ahmad Merrah ialah anak lelaki kepada Awie, vokalis legenda kumpulan Wings. Kini berusia 19 tahun, Merrah mula mencuri perhatian apabila kelihatan aktif di media sosial. Dia turut sering dikaitkan dengan minat terhadap muzik. Kehadirannya bersama rakan-rakan sebaya yang juga datang daripada keluarga seni menunjukkan potensi generasi rock baharu yang mungkin bakal muncul. Dengan warisan muzik yang kuat, ramai menantikan langkah seterusnya dalam menentukan hala tuju sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ämamehħh✨ (@ahmadmerrahh)

#5 Zaki Yamani — Anak Jamal Abdillah

Zaki Yamani ialah anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah dan merupakan antara nama paling aktif dalam senarai ini. Zaki kini berusia 20 tahun dan telah mula mencipta nama sebagai penyanyi muda dengan karya sendiri. Dia juga pernah muncul di dalam lembaran personaliti GLAM Lelaki isu Mac 2025 yang lalu. Tidak bergantung sepenuhnya kepada populariti bapanya, Zaki Yamani tampil dengan identiti muzik tersendiri dan aktif di platform digital. Pendekatannya yang lebih moden serta kesungguhan dalam menghasilkan lagu menjadikannya antara wajah Gen Z yang serius membina kerjaya seni secara profesional.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZY (@zakiyamani._)

Pautan berkaitan: 9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

TOP 6 PELAKON LELAKI ASEAN YANG MENJADI ‘CRUSH’ RAMAI

Bacaan Lanjut

RAMADAN 2026 PENUH MAKNA: DESTINASI RASA DI LE MÉRIDIEN PUTRAJAYA

Bacaan Lanjut

RAMADAN 2026: 5 SPOT IFTAR PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
the beckhams

KETAHUI FAKTA 3 ANAK LELAKI DAVID & VICTORIA BECKHAM

Bacaan Lanjut
WANGIAN MEMBANGKITKAN IMAGINASI: DUNIA OLFAKTORI AESOP

WANGIAN MEMBANGKITKAN IMAGINASI: DUNIA OLFAKTORI AESOP

Bacaan Lanjut