Skip to content

KENALI BAND POP ROCK HANGAT, EMPTY PAGE

KENALI BAND POP ROCK HANGAT, EMPTY PAGE

Kongsikan artikel ini

Band pop rock hangat Malaysia, empty page. membawa nama mereka ke seluruh negara dengan bakat mereka yang tersendiri. 

Ditubuhkan oleh lima sekawan pada tahun 2014, empty page. merupakan band pop rock dari Malaysia yang menjadi kesukaan ramai anak muda. Dengan gaya dan muzik mereka yang versatil, empty page. berjaya menambat hati peminat-peminat muzik tempatan. Kini dengan tiga orang ahli iaitu Zic, Zac dan Alip Pedul mereka menghasilkan lagu dengan pengalaman hidup yang naik turun. Mereka mula meraih perhatian dengan single hit ‘bagaimana jika aku tiada (dunia akan terus berputar)’ pada tahun 2020. Lagu ini kemudiannya menjadi sebuah lagu kultus. Kejayaan itu diteruskan dengan lagu mata(hari) pada tahun 2024. Kehangatan lagu ini menjadikan mereka tular hingga berjaya menembusi carta Top 40 radio. Momen ini sekaligus mengukuhkan nama mereka dalam industri muzik Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by empty page. (@emptypagex)

Band ini bermula daripada idea Affan, bekas pemain dram asal mereka bersama Zic. Adam Yap kemudian sertai empty page. sebagai pemain bes. Mereka melancarkan single pertama berjudul “All I Want” pada tahun 2012 dan mula membuat persembahan di pentas underground sekitar Kuala Lumpur.

Baca: “SURFING AJAR SAYA TENTANG KEHIDUPAN.” – QADEJA MUSSADIQ 

Kenali Ahli-Ahli Band empty page.

Selepas hampir 9 tahun di dalam industri, empty page. kini kekal dengan tiga ahli penting sebagai tulang belakang kugiran ini. Zic atau nama sebenarnya Hezza-Ezzickry merupakan vokalis utama untuk kugiran ini. Dalam lagu hit mereka yang ditulis oleh Zic, dia mempertanyakan sama ada kehadirannya benar-benar memberi makna kepada sesiapa dalam hidupnya. Barisan awal kumpulan ini bertahan selama 2 tahun sehingga Affan dan Adam Yap meninggalkan band pada tahun 2014 kerana komitmen yang bertindih. Pada tahun 2016, Zac (Hezza-Ezzackry) menyertai mereka sebagai pemain keyboard. Alip Pedul kemudian menyertai kumpulan ini sebagai pemain bass selepas bertemu Zic di sebuah persembahan gig tempatan pada tahun 2014. Pada mulanya Alip Pedul menyertai mereka buat beberapa persembahan, kini dia menjadi salah seorang ahli penting kumpulan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hezza-Ezzickry Helmy (@zicemptypage)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zac emptypage. (@zaconcrack)

Baca: GENERASI DIRAJA MALAYSIA BAHARU: 7 PUTERA YANG JADI IKON LELAKI

 

View this post on Instagram

 

A post shared by p3dul (@alipemptypage)

Pelancaran Album Pertama Pada Tahun 2022

Pada tahun 2022, mereka melancarkan album pertama mereka berjudul Cahaya. Sebelum Cahaya, mereka pernah mengeluarkan sebuah album penuh berjudul “Paramount”. Namun, mereka menganggap album tersebut sebagai percubaan awal untuk mencari identiti mereka.  Apabila pandemik COVID-19 melanda, mereka meluangkan masa hampir 2 tahun menulis lagu secara dalam talian melalui panggilan video, yang akhirnya menghasilkan album baharu. Selepas sempadan kembali dibuka, mereka menghabiskan sebulan untuk merakam album tersebut, dan akhirnya menyiapkan karya agung mereka, “Cahaya” (2022). Semua lagu dalam album ini ditulis oleh Zic (kecuali “Tak Kira Apa” bersama Tilla Hana), manakala proses rakaman dan produksi dilakukan oleh Iman & Zac (masing-masing di bawah nama samaran Monk & Floralcansas). Bagi kami, kegigihan mereka dalam menjayakan karier muzik ialah punca utama kejayaan mereka sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by empty page. (@emptypagex)

Sepanjang tahun 2025, empty page. turut mengeluarkan beberapa single buat peminat mereka. Laut Kelabu dan menyesal dilancarkan pada bulan Julai tahun ini. Lirik yang cukup sinonim dengan perkataan ‘penyesalan’ dihuraikan dengan sempurna di dalam lagu menyesal. Sepanjang perjalanan muzik mereka, empty page. semestinya membuktikan bakat yang mereka ada di dalam setiap persembahan dan karya yang dihasilakn oleh mereka.

Pautan berkaitan: 6 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.