Skip to content

Kenali Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan Zalora

Kongsikan artikel ini

January 16, 2016

Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Johan Kassim
Gambar: Lilian Tan
Giulio-Xiloyannis

Giulio Xiloyannis, 27, Pengarah Urusan Zalora Malaysia sebelum ini pernah menyertai pelbagai sektor perniagaan. Biarpun sibuk dengan tugasan tertentu, Giulio tetap mencuri masa bersama GL. Giulio tidak bersikap tipikal seperti golongan ‘millenial’ lain, dia lebih matang dan serius dalam setiap tindakannya.

Saya senang berbual dengan Giulio Xiloyannis. Banyak perkara positif saya belajar darinya. Persepsi pertama, pemakaiannya tidaklah melambangkan Pengarah Urusan tipikal yang biasa kita lihat sebelum ini. Mungkin kerana dia bekerja dalam industri fesyen maka sebab itulah dia berani mengekspresikan personaliti sebenarnya menerusi keterampilan diri. Dari situlah saya dapat agak, Giulio bijak bergaya. Inilah contoh individu berpangkat tinggi yang kita perlukan hari ini.

Orangnya ‘bersahaja’, bersikap terbuka dan rendah diri dalam segala cara. Pertuturannya tersusun rapi dan sentiasa ‘aware’ kala menyampaikan sesuatu perkara atau meluahkan pendapat peribadinya. Di akhir perbualan kami, Giulio berpendapat sikap rendah diri itu tersangat penting terutamanya dalam cara pembawaan diri seseorang itu. Dan pada masa sama ia dapat memastikan orang sekeliling sentiasa rasa senang sepanjang masa bersama kita.

Peluang menghabiskan masa bersama Giulio tak saya sia-siakan. Inilah masa terbaik untuk saya mendekati dan mengenali individu di sebalik kejayaan laman beli-belah online popular, Zalora Malaysia. Saya cuba untuk tak menyentuh terlalu banyak topik berkaitan bidang kerjanya. Kerana saya mahu mengenali dengan lebih mendalam siapakah Giulio Xiloyannis.

SIAPA GIULIO XILOYANNIS?

“Saya berasal dari Itali. Berdarah campuran British dan Greek. Asal usul saya agak mengelirukan. Saya dilahirkan di Itali dan ibu bapa saya berasal dari Britain dan Greek. Bercerita mengenai saya pula, saya gemar mengembara ke pelbagai tempat. Sangat suka. Sejak menuntut di universiti lagi, saya dah mula ‘keluar’ dari Itali. Saya juga pernah menetap di banyak negara berbeza. New York, London, Hong Kong, China, Belanda dan Abu Dhabi antaranya. Sekarang, sudah hampir tiga tahun saya menetap di Malaysia,” cerita Giulio tentang dirinya.

Mengenai personalitinya pula, Giulio memberitahu dia sentiasa bercita-cita tinggi dan komited serta dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara. Dia bukanlah orang yang bersikap acuh tak acuh. Keseriusan mengemudi banyak projek besar sebelum ini memberi pelbagai pengalaman berharga buatnya. Dan tentunya dengan pengalaman yang dikutip berjaya membawanya ke peringkat hari ini biarpun baru berusia 27 tahun.

“How were you as a teenager?” “Saya remaja klasik Itali. Sama seperti remaja Itali lain, pergi ke sekolah enam hari seminggu. Spesifiknya, saya menetap di Piazza. Selepas tamat waktu sekolah, saya sering melakukan aktiviti renang dan menunggang skuter bersama kawan-kawan. Kehidupan semasa remaja saya sangat terbuka dan sangat gembira dengan kehidupan waktu itu. Tentang passion pula, saya sangat suka aktiviti luar seperti renang dan ‘motorbiking’.” Sambung Giulio lagi, “Sehingga hari ini, saya masih minat melakukan kedua-dua aktiviti luar tersebut. Dan aktiviti lain yang saya minati adalah ‘wakeboarding’,. Disebabkan masa terhad, saya selalu berenang di kolam renang di kondominium saya.”

“Mengapa bersetuju nak pindah dan menetap di Kuala Lumpur?” soal saya. “Sebenarnya, ia bukanlah sebab mengapa saya mahu atau tak berpindah ke Malaysia. Ia adalah lebih kepada cabaran ingin mengembangkan dan meningkatkan perniagaan Zalora. Tambahan pula, pasaran Malaysia sedang berkembang pesat. Bagi saya, ia adalah peluang yang baik. So yeah, it’s more on that!” “Pada awalnya, saya dikehendaki memilih sama ada ke Indonesia atau Malaysia. berdasarkan infrastruktur perniagaan, saya memutuskan menetap di Malaysia. Pasaran Malaysia lebih maju dan semakin meningkat naik berbanding Indonesia. Dan ini peluang baik buat saya mengembangkan perniagaan Zalora ke arah lebih positif dan maju.”

“Punya apa-apa persepsi sebelum berpindah ke Malaysia?” “Saya tak pernah melawat negara di Asia Timur Selatan. Sebelum ini, saya pernah bekerja dan menetap di China dan Hong Kong, tetapi belum lagi berpeluang ke negara Asia Timur Selatan khasnya. Seperti kebiasaan, saya banyak melakukan kajian tentang Indonesia dan Malaysia. Dan saya mendapati kedua-dua negara ini tak banyak beza. Hasilnya cuma bezanya adalah dari sudut pembangunan, infrastruktur negara dan taraf kemajuan. Meskipun skala pasaran Indonesia lebih besar dan ‘lebih menarik’ (pada awalnya), saya yakin bahawa pasaran Malaysia lebih berpotensi tinggi dan tentunya akan menjadi lebih maju dalam jangka masa akan datang.”

Sebelum menetap di Malaysia, Giulio berkongsi cerita bahawa dia banyak meluangkan masanya mengembara keliling dunia. Kesemuanya atas dasar kerja. “Banyak juga tempat saya bekerja sebelum ini. Sebelum Malaysia, saya pernah menjalani latihan industri bersama persatuan United Nations di New York selama enam bulan. Seterusnya, saya pernah bekerja dan menetap di China. Pada waktu itu, saya bertugas dalam bidang perbankan. Selain itu, Belanda dan London adalah destinasi seterusnya. Saya banyak mengendalikan tugasan di bahagian ‘economic development’ ketika itu,” cerita Giulio serba sedikit mengenai pengalaman bekerja di luar negara sebelum menetap sepenuh masa di Malaysia.

How do you feel now? Yalah, sebelum ni kamu pernah menetap di negara-negara lebih membangun dan berkembang berbanding Malaysia? Misalnya, New York dan London,” tanya saya. “Ada lebih dan kurangnya. Berdasarkan perspektif infrastruktur, Malaysia adalah negara Asia yang sangat membangun. Kalau kamu pernah pergi ke Manila atau Saigon, kamu boleh perhatikan perbezaan ketara dengan Malaysia. Infrastruktur Malaysia boleh dikategorikan sangat mengagumkan. Saya pernah tinggal di negara membangun seperti Amerika Selatan dan China. Dan kalau nak tahu, saya pernah jatuh cinta dengan kota New York. Saya tak akan sorok bahawa saya akan kembali ke sana semula suatu hari nanti. But I wasn’t in love with London and Netherlands!” ujar Giulio.

“Bagaimana pula dengan keluarga Giulio? Semuanya masih menetap di Itali?” “Tak. Adik lelaki saya juga sama seperti saya mengembara ke serata dunia. Sebab dia masih belajar. Adik lelaki yang lagi satu baru sahaja berpindah ke Singapura. Saya mempunyai dua adik lelaki kembar. Ibu bapa saya masih di Itali,” ujarnya lagi. Akui Giulio, minat terhadap dunia perniagaan tercetus sejak remaja lagi. Tambahnya lagi, ‘darah’ usahawan memang mengalir dalam setiap ahli keluarganya. “Pada hemat saya, Itali bukan negara terbaik untuk memulakan perniagaan. Pengalaman mengembara ke serata dunia membuka mata dan menyedarkan saya bahawa terdapat banyak negara lain berpotensi tinggi dalam memulakan perniagaan baru. Contohnya, Chile dan Brazil.”

Giulio-Xiloyannis2

HIS PROUDEST ACHIEVEMENTS YET

Seperkara tentang Giulio saya kagumi adalah, dia orang yang tidak gemar menoleh ke belakang. Segala kesilapan yang pernah dilakukannya, tak akan diungkit atau dikenang lagi. It’s all about moving forward. “Is there anything that you want to change in past differently?” “Saya bukan orang seperti itu. I own the decision or mistake that I did before. Dan saya tak akan menganggapnya sebagai suatu kesalahan. Saya tak akan kenang kesalahan-kesalahan terdahulu. I am who I am now because of all these mistakes.”

“Jadi, kamu orang yang move forward?” celah saya. “Sesetengah orang menganggapnya sebagai kesalahan, tetapi tak bagi saya. Tentunya saya pernah melakukan kesalahan pada masa dahulu. Tetapi saya gembira di tempat sekarang. Saya mahu meneruskan perjuangan dan jalani kehidupan gembira ini. Saya tak mahu mengubah perkara yang pernah saya lakukan dahulu.”

“Pernah rasa kesal tentang sesuatu dalam hidup kamu setakat ini?” “Saya tidak suka konsep menyesal. Ini merujuk kepada falsafah peribadi saya. Kesal adalah suatu perkara yang dianggap ‘bahaya’. Jika kamu menyesal dalam sesuatu perkara, ia bermakna anda tak gembira dengan hasil akhirnya. Secara praktikal, anda tak gembira dengan hasil keputusan yang telah dilakukan.” “Kamu memang optimis ya?” “Ya, saya selalu cuba bersikap dan berfikir secara positif. Kerana itulah cara terbaik untuk kita terus rasa gembira.”

Perasan atau tidak, trend jualan atas talian (online) bukanlah fenomena baru di Malaysia. Dianggarkan hampir 40 peratus pelanggan lelaki dan perempuan membeli barangan menggunakan telefon pintar, tablet, komputer riba dan alat elektronik canggih lain. Membeli-belah secara online menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia lantas mendorong perkembangan luas perniagaan tertentu. Bahkan pertumbuhan laman sesawang seperti Zalora turut mempengaruhi trend beli-belah dan menjadi obsesi bagi kelompok tertentu. Di Malaysia, perniagaan online berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini dapat dilihat dengan penggunaan telefon pintar lebih daripada satu dan kadar penembusan internet di kalangan pengguna hari ini. Menurutnya, ICT di Malaysia akan terus maju ke hadapan dan akan bertambah baik dari masa ke semasa kerana ia akan menjadi keperluan orang ramai. Kata Giulio lagi, walaupun belum 100 peratus pengguna menuju ke arah online, tetapi dengan yakinnya ia akan menjadi trend masyarakat Malaysia pada suatu hari nanti.

Sebelum bertindak sebagai Pengarah Urusan Zalora Malaysia, Giulio pernah berbakti tenaga untuk pelbagai syarikat besar di luar negara seperti ‘Rocket Internet’. “’Rocket Internet’ adalah salah satu organisasi pembiayaan Zalora. Saya bekerja untuk ‘Rocket Internet’ di Itali sebelum ini dan mengendalikan perniagaan online menjual perabot kediaman dan perkakas rumah. Koleksi perabot tersebut adalah karya pereka perabot ternama dari Itali. Ia adalah syarikat yang sangat berjaya. Dan saya masih berhubung dengan pekerja-pekerja di ‘Rocket Internet’. Sesekali saya tanya khabar terbaru mereka. Syukurlah, mereka masih kekal berjaya dan terus bertahan.”

Tahun ini mencatat tiga tahun Giulio bersama syarikat Zalora Malaysia. Kongsinya, pengalaman tiga tahun mengemudi perniagaan ini mendidiknya pelbagai perkara khususnya dalam bidang pengurusan perniagaan. “Semasa penglibatan awal saya dengan Zalora, terdapat banyak isu perlu diselesaikan. Apa yang boleh saya katakan, pihak pengurusan terdahulu keliru dengan hala tuju Zalora. Mereka tidak pasti apakah arah terbaik buat Zalora. Apakah Zalora ketika itu mahu menjadi mass? Atau menjual segala jenis pakaian? Selepas kehadiran saya di Zalora, saya dan staf-staf lain duduk berbincang dan membuat kajian secara mendalam apa yang perlu kita lakukan untuk Zalora. Kami mula fokus pada penjualan pakaian dan aksesori untuk lelaki dan wanita sahaja. Produk kanak-kanak dan barangan kediaman dihentikan. Masalahnya ketika itu Zalora turut mengalami masalah pengurusan. Tak cukup pekerja atau salah mengambil pekerja. Pada masa sama, kami berusaha membentuk semula imej Zalora.

Ia mengambil masa setahun setengah untuk mengubah persepsi pelanggan terhadap Zalora. Usaha untuk penjenamaan semula Zalora adalah sangat sukar. Hari ini, syukurlah jenama Zalora semakin stabil dan mencerminkan imej positif. Orang ramai semakin memandang Zalora dari sudut positif. Bagi saya, kalau orang memandang imej Zalora sebagai negatif itu lebih buruk untuk kami. Sekarang kami telah membuka semula penjualan kosmetik dan produk kecantikan keluaran Sephora.”

“How do you manage to overcome those challenges?” tanya saya. Giulio menjawab, “Ia memerlukan kajian dan tumpuan sepenuhnya. Pertama sekali ia bukan tentang idea apa yang perlu dibentangkan. It’s about the team. Do we have the right team of people? Apakah mereka tahu bidang kerja mereka yang sepatutnya? Kemudian, barulah konsep segar dan idea bernas akan tercetus. I would say, 60 peratus tercetus disebabkan oleh cara pengurusan efisien. Seperti rekrut kumpulan staf yang betul-betul boleh membuat kerja, melatih serta membentuk cara mereka bekerja. Kami tumpukan sepenuhnya untuk membentuk kumpulan pekerja efektif. Pada peringkat tersebut, kami terpaksa lupakan seketika mahu mengaut keuntungan jualan. Kami lebih fokus kepada penjenamaan semula Zalora dari setiap aspek. Imej dan kualiti Zalora ketika itu perlu dipertingkatkan.”

Tambah Guilio, “Jujurnya, saya sangat gembira dengan kemajuan dan pencapaian Zalora hari ini. Kini, pengurusan kami bertambah efisien dan staf turut bertambah dua kali ganda berbanding pada 2013. Oleh itu, in 2015 we want to give a bang! Kami sudah mempunyai syarikat yang telah distrukturkan. Zalora juga telah melancarkan label sendiri. Seleksi jenama antarabangsa seperti Rayban, Fossil dan Mango juga telah menyertai Zalora Malaysia. I am very happy with these brands. Dorothy Perkins pula jenama baru bernaung di bawah Zalora Malaysia.” “Adakah Zalora akan menjual produk ‘high end’ pada masa akan datang?” “Ya, tetapi hanya tas tangan dan aksesori wanita.

Bagi pelanggan lelaki pula, kami menjual himpunan jam tangan dan dompet berjenama serta berkualiti tinggi. Sepanjang pemerhatian saya, terutamanya di New York, saya perhatikan penggemar fesyen wanita lebih gemar menjinjing tas tangan mewah dan menyarung kasut berjenama tinggi. Tetapi hanya akan memakai helaian dari jenama ‘middle range’ seperti Zara, Topshop atau H&M. That’s the direction that we want to go.

Menurut Giulio, memegang jawatan Pengarah Urusan Zalora Malaysia bukan suatu tugas mudah. Setiap hari dia dikehendaki berhadapan dan menyelesaikan pelbagai isu berbeza. “Tugas harian saya terlalu padat. Saya sering membahagikan setiap isu atau tugasan dengan konsep tertentu. There’s a day dedicated to solving issues here and there. Orang akan sentiasa datang kepada saya dan membentangkan pelbagai isu berkaitan Zalora. Oleh itu, saya perlu sentiasa bersedia dan ‘think forward’. Kesimpulannya, 60 peratus saya perlu ‘firefight’ dan selebihnya ‘creative thinking’,” luah Giulio.

SELESA DAN GEMBIRA DI MALAYSIA

Tanpa dijangka, Zalora ‘mencuri’ perhatian pelanggan Malaysia sewaktu pelancaran koleksi Zalora kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan. Antara kolaborasi yang mendapat perhatian adalah bersama Rizalman, Syomir Izwa dan Jovian Mandagie. Secara tak langsung, pelancaran himpunan tersebut mencetus fenomena tersendiri. “Projek Raya bersama pereka fesyen tempatan tak akan saya lupakan. Ia keputusan paling mencabar buat saya.

Pada 2013, Zalora masih belum stabil. Lima bulan sebelum Hari Raya Aidilfitiri menjelang, kami membuat persiapan rapi untuk bekerjasama dengan pereka fesyen terpilih. Ia sangat berisiko buat Zalora pada waktu itu. Kerana sekiranya mahukan Rizalman atau Jovian bekerjasama dengan kami, kami perlukan jumlah pelaburan yang sangat besar. And you need to hope that you are going to make 100 thousands a month within six months. Which is really big to take at that time. Apatah lagi untuk syarikat yang hanya menjana kurang daripada sejuta ringgit sebulan. Truly, it’s a big decision. Tapi berbaloi. Banyak perkara yang terpaksa ditempuhi dan dikorbankan bagi menjayakan projek kolaborasi tersebut,” kongsi penggemar label Emporio Armani ini. Giulio berkata, tahun ini Zalora akan kembali dengan projek Syawal bersama Rizalman, Jovian Mandagie, Melinda Looi dan Syomir Izwa. Lebih istimewa, terdapat enam lagi pereka fesyen tempatan yang akan bersatu melancarkan koleksi pakaian raya bersama Zalora.

Mengenai fesyen, Giuilio berpendapat gaya lelaki Itali banyak mempengaruhi selera fesyennya. “Saya suka akan gaya lelaki klasik Itali. Selalu memakai kasut kulit, seluar jean dan kemeja putih adalah gaya peribadi saya. Ada yang mungkin mengatakan, lelaki Itali bijak bergaya. Mungkin ya, tetapi gaya lelaki Itali terlalu tertumpu pada satu gaya sahaja. Ia tak berubah. Segalanya tentang item kulit saya suka termasuklah jam tangan kulit. Cuma, sayangnya saya tak dapat selalu gayakan koleksi jaket kulit saya di Malaysia! Haha.” “Kamu sanggup berbelanja lebih untuk keperluan fesyen?” “Ya, tetapi saya bukanlah membeli secara suka-suka. Saya akan pastikan ia berkualiti tinggi dan boleh dipakai sampai bila-bila. I want them to last.

Giulio berkata dia seronok sepanjang menetap di Malaysia. Cuaca dan lokasi-lokasi percutian yang banyak adalah sebab utama Giulio rasa gembira. “Saya suka akan iklim Malaysia. Selain itu, mudah bagi saya untuk berkunjung ke lokasi-lokasi percutian di Malaysia. Dengan hanya masa penerbangan singkat, saya boleh berada di mana-mana lokasi percutian pilihan. Sebelum ini, sukar bagi saya untuk melawati pantai dan menikmati aktiviti air seperti snorkel. Pulau Perhentian dan Borneo antara lokasi percutian kegemaran saya di Malaysia.”

Giulio menyatakan bekas ketua majikannya di Rocket Internet banyak mendidiknya tentang dunia perniagaan serta membentuk keperibadiannya sebagai seorang ketua dalam syarikat. Nasihat yang diterimanya akan dijadikan panduan untuk Giulio meneruskan amanah sebagai Pengarah Urusan. “Nasihat boleh didapati dari pelbagai cara dan bentuk. Terkadang-kadang ia tercetus menerusi pemerhatian atau mendengar dari kata-kata seseorang. Seringnya, saya memerhati cara bekas majikan saya mengendali tugas dan banyak membentuk cara saya bekerja hari ini. Terutamanya dalam hal menyelesaikan isu tertentu dan how to tackle the issues. Cara dia berkomunikasi dengan stafnya juga refleksi perbualan dengan staf di bawah pimpinan saya.”

*Artikel ini disiarkan dalam GL edisi Mac 2015

 

By Thomas
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?

BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?

Bacaan Lanjut
JONATHAN BAILEY DISAHKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KEEMPAT

JONATHAN BAILEY DISAHKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KEEMPAT

Bacaan Lanjut
dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
20 PALING SEGAK DI GOVERNORS AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI

20 PALING SEGAK DI GOVERNORS AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
KENALI VICTORIA KJAER THEILVIG, PESERTA DENMARK PERTAMA MEMENANGI MISS UNIVERSE

KENALI VICTORIA KJAER THEILVIG, PESERTA DENMARK PERTAMA MEMENANGI MISS UNIVERSE

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK PEDRO PASCAL ANDA WAJIB TONTON TERMASUK GLADIATOR II

5 FILEM TERBAIK PEDRO PASCAL ANDA WAJIB TONTON TERMASUK GLADIATOR II

Bacaan Lanjut