Skip to content

KENALI ISTERI KELIMA & EMPAT LAGI BEKAS SURI HATI RUPERT MURDOCH

KENALI ISTERI KELIMA & EMPAT LAGI BEKAS SURI HATI RUPERT MURDOCH

Kongsikan artikel ini

Taikun media asal Australia, Rupert Murdoch menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hatinya pada usia 93 tahun.

Menurut BBC, isterinya yang bernama Elena Zhukova merupakan bekas ahli biologi molekul berasal dari Rusia. Walaupun mempunyai jurang usia 26 tahun dan berbeza budaya, ini tidak menghalang mereka untuk disatukan sebagai suami isteri.

Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan di ladang anggur Moraga milik bilionair itu di California, Amerika Syarikat. Khabarnya mereka menjalin hubungan selepas Rupert putus tunang dengan bekas paderi polis, Ann Lesley Smith pada April 2023. Pasangan itu berkenalan di sebuah parti anjuran bekas isteri ketiga Rupert, Wendi Deng.

Rupert Murdoch Elena Zhukova

Perkahwinan Terdahulu Rupert Murdoch

Ini merupakan perkahwinan kelima buat Rupert yang memiliki enam cahaya mata. Dia bergelar suami buat kali pertama pada 1956 namun perkahwinannya hanya bertahan 11 tahun. Hasil perkongsian hidup dengan pramugari Australia Patricia Booker, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Prudence.

Pada tahun sama perceraiannya, dia berkahwin pula dengan wartawan Scotland Anna Murdoch Mann dan dikurniakan tiga cahaya mata – Elisabeh, Lachlan serta James. Selepas 22 tahun hidup bersama, mereka sepakat untuk bercerai pada 1999 dan Anna menerima alimoni sebanyak RM8 bilion.

Rupert tidak lama memegang status duda. Pada tahun sama, dia mengambil usahawan Wendi Deng sebagai isteri. Mereka hidup bersama selama 14 tahun dan memiliki dua anak perempuan, Grace serta Chloe. Pasangan itu bercerai pada 2013.

Perkahwinan keempat bilionair ini berlangsung pada 2016 hingga 2022. Isterinya Jerry Hall yang merupakan model dan pelakon adalah bekas kekasih Mick Jagger, penyanyi Rolling Stones. Hasil perkahwinan selama enam tahun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Rupert Murdoch

Foto: Evening Standard

 

Foto: AP

Pautan berkaitan: 5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

Bacaan Lanjut
JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

Bacaan Lanjut
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

Bacaan Lanjut
SHILOH GUGUR NAMA BAPA, INI RESPONS BRAD PITT

SHILOH GUGUR NAMA BAPA, INI RESPONS BRAD PITT

Bacaan Lanjut