PEKIN IBRAHIM & MONA ALLEN SELAMAT TIMANG PUTERA KEDUA
Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen yang baru saja menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.
Anak lelaki kedua mereka dilahirkan ke dunia pada 5 Jun 2024 di Pusat Perubatan QHC, Subang Jaya Selangor. Khabar gembira itu diumumkan kepada peminat menerusi satu perkongsian di Instagram Story.
Selain memaklumkan perkembangan terkini, Mona turut meluahkan rasa syukur kerana urusan kelahiran dipermudahkan. Malah dia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat dan rakan artis yang menitipkan doa buat mereka.
“Terima kasih semua yang DM doakan saya dan baby. Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Insyallah kita akan kongsi gambar baby bila-bila nanti. Sekarang tengah berehat, nanti saya update okey. Terima kasih semua. Alhamdulillah syukur semua baik-baik saja,” tulisnya.
Keluarga Kecil Pekin Ibrahim dan Mona Allen
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Dua tahun lalu, Pekin dan Mona dikurniakan cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada tarikh istimewa iaitu 31 Ogos 2022, pada sambutan Hari Kebangsaan ke-65.
Jelas Pekin ketika itu, Mona sepatutnya bersalin pada tanggal 9 September namun doktor mendapati pintu rahimnya telah terbuka ketika melakukan pemeriksaan.
“Kami tidak merancang atau memilih tarikh yang cukup bermakna ini. Sebaliknya Mona ditahan di wad selepas melakukan pemeriksaan doktor, apabila pintu rahim sudah terbuka tiga sentimeter.
“Sebagai bapa saya gembira kerana sudah tiga tahun menantikan kehadiran zuriat bagi menyerikan rumah tangga. Kegembiraan kami berganda apabila bayi yang dinantikan lahir pada Hari Kebangsaan 2022,” katanya, menurut BH Online. Putera sulung mereka yang diberi nama Petra Pekin kini berusia hampir dua tahun.

Foto: Instagram
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN
Selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia akhirnya berkongsi wajah dan nama anak kelima mereka bersama peminat.
TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA
Pasangan Beckham sememangnya terkenal dengan portfolio hartanah di seluruh dunia. Kini, David dan Victoria menambah satu lagi aset mewah ke dalam ‘koleksi’ mereka.
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Baru dua bulan memegang status suami, Ed Westwick bakal menggalas peranan sebagai bapa pula tidak lama lagi.