KENALI LAMINE YAMAL, PEMAIN TERMUDA BERAKSI DI EURO 2024
Lamine Yamal melakar sejarah peribadi selepas menjadi pemain bola sepak temuda beraksi dalam perlawanan akhir EURO 2024.
Pemain Sepanyol itu memecah rekod yang sebelum ini dipegang oleh legenda bola sepak Brazil, Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento pada 66 tahun lalu.
Yamal berusia 17 tahun 1 sehari ketika menyertai perlawanan akhir Euro 2024. Dia mempamerkan prestasi cemerlang dengan mengumpul satu gol dan tiga bantuan gol untuk menewaskan Perancis. Sekali gus membawa negaranya mara ke perlawanan akhir menentang England.
Pele pula berusia 17 tahun 249 hari sewaktu membantu Brazil dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1958. Bintang legenda ini menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan 5-2 ke atas Sweden.
Ini kehidupan peribadi Lamine Yamal yang anda perlu tahu
Berdarah Kacukan
Pemilik nama sebenar Lamine Yamal Nasraoui Ebana ini dilahirkan di Esplugues de Llobregat, Sepanyol pada 13 Julai 2007. Bapanya Mounir Nasroui berasal dari Magribi manakala ibunya Sheila Ebana pula dari Guinea.
Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tiga tahun namun perceraian tidak menghalang mereka untuk sama-sama menjaganya dengan sempurna.
Dalam satu temubual, Mounir meluahkan rasa bangga terhadap anaknya yang masih remaja. “Sejak dia dilahirkan saya sudah tahu dia akan menjadi bintang yang bersinar. Setiap insan bergelar bapa tahu mengenainya, dan setiap bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya,” katanya.
Nilai Kekayaan
Menurut Capology, Yamal memperoleh gaji lebih RM8.5 juta untuk Musim 2024-2025 di Barcelona. Pada Oktober 2023, dia menandatangani perjanjian dengan kelab bola sepak Barcelona bersama klausa pembelian ditetapkan pada RM5 bilion. Ini bermakna mana-mana pasukan bola sepak yang ingin merekrut Yamal sebagai pemain perlu membayar RM5 bilion kepada Barcelona.
Sejarah Bersama Lionel Messi
Pemain dengan ketinggian 180sm ini sering dibandingkan dengan Lionel Messi dari segi kemahiran teknikal, kelajuan dan ketangkasan di atas padang. Dia mengakui sangat mengagumi Messi dan terinpirasi dengan gaya permainan Neymar dan Ronaldinho. Namun Yamal sebenarnya telah pun bertemu muka dengan Messi sejak dia masih bayi.
Pada 4 Julai 2024, bapa Yamal memuat satu foto pemain itu bersama Messi di Instagram. Turut kelihatan adalah ibu Yamal. “Permulaan dua legenda,” tulisnya di ruangan kapsyen. Foto itu dirakam di bilik persalinan pelawat di Camp Nou Barcelona pada akhir 2007 ketika Yamal baru berusia beberapa bulan.
Menurut Associated Press, keluarga Yamal meraih peluang keemasan itu selepas memenangi cabutan bertuah kawasan perumahan mereka di bandar Matar, Catalonia. Cabutan bertuah anjuran UNICEF dan Diario Sport itu membolehkan pemenang bergambar dengan pemain Barcelona.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.