KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY
Gabungan di antara wajah kacak, pesona semula jadi, dan bakat lakonan yang sedang melonjak naik dalam industri K-Drama, Lee Chae-min.
Aktor muda yang semakin dikenali ini kini menjadi tumpuan menerusi drama terbaharunya, Bon Appétit, Your Majesty. Dengan gaya santai tetapi penuh karisma, Lee Chae-min digelar “raja kacak” oleh para peminat kerana mampu memikat hati hanya dengan senyuman dan tatapan matanya. Drama ini bukan sahaja menyerlahkan sisi romantis dan menghiburkan dirinya, malah mengukuhkan lagi reputasinya sebagai salah seorang bintang muda Korea yang patut diberi perhatian. Namun, dalam popularitinya yang sedang meningkat, dia sebenarnya sudah berada di dalam industri buat 4 tahun. Mungkin banyak lagi perkara yang tidak diketahui tentangnya. GLAM Lelaki akan berkongsi 5 fakta mengenai Lee Chae-min!
#1 Pernah Menjadi Cameo & Pelakon Tambahan Untuk Drama-Drama Popular
Selain daripada lakonannya di dalam drama hangat Bon Appétit, Your Majesty, Crushology 101 serta Hierarchy, ramai yang tidak tahu bahawa Lee Chae-min pernah membintangi beberapa lagi drama terkenal. Pertama kali dia membuat kemunculan sulung ialah di dalam drama High Class, memegang watak pembantu kepada watak utama, Ji Sun. Drama terkenal Love All Play serta See You In My 19th Life juga menampilkannya sebagai watak sampingan. Selain itu, dia juga pernah menjadi pelakon jemputan di dalam drama Alchemy of Souls Season 2: Light and Shadow.
#2 Pernah Menjadi Pengacara Muzik
Pada September 2022 hingga Mei 2024, Lee Chae-min merupakan pengacara untuk acara muzik KBS, Music Bank. Selama dua tahun, pelakon kacak ini bekerjasama dengan Won-young dari IVE dan Eun-chae dari Le Sserafim. Bersama Eun-chae, mereka berjaya memenangi anugerah Best Couple di KBS Entertainment Awards pada tahun 2023. Kemunculannya di Music Bank menjadi kesukaan ramai peminat sehingga dia menjadi salah seorang pengacara yang disukai.
#3 Menggantikan Pelakon Lain Dalam Drama Bon Appétit, Your Majesty
Ramai yang tidak tahu, Lee Chae-min sebenarnya bukanlah pelakon asal untuk memegang watak Yi-heon. Watak ikonik ini sepatutnya dilakonkan oleh Park Sung-hoon tetapi atas dasar peribadi, dia terpaksa menarik diri sebelum penggambaran. Dia kemudian dipilih sebagai pengganti dan hanya membuat persediaan dalam masa sebulan sahaja. Hasil kerja kerasnya membuahkan hasil apabila drama ini menjadi hangat dan lakonannya disukai ramai. Fakta menarik, perbezaan umur antara Lee Chae-min dan Im Yoona yang memegang watak Yeon Ji-yeong ialah 10 tahun. Chemistry mereka yang hebat menjadikan drama ini drama dengan rating yang amat tinggi di seluruh dunia.
#4 Handsome With Brain
Selain daripada genius dalam bidang lakonan, Lee Chae-min juga seorang yang genius dalam pembelajaran. Sebelum memulakan kariernya sebagai seorang pelakon, pada tahun 2019 dia dikatakan lulus peperiksaan kemasukkan universiti untuk beberapa universiti berprestij seperti Sejong University, Dongguk University, Sungkyunkwan University, dan Korea National University of Arts. Dia kemudian memilih Korea National University of Arts untuk menyambung pelajaran dalam bidang lakonan. Rekod pembelajarannya ketika sekolah juga hebat. Katanya, dia juga sering mendapat tempat pertama di Unjeong High School.
#5 Mempunyai Teman Wanita Pelakon
Wajah muda dan kacak ini sebenarnya bukanlah bujang lagi. Pada 25 March 2024, agensinya, GOLDMEDALIST mengesahkan hubungannya bersama pelakon Ryu Da-in. Mereka pertama kali berlakon bersama pada tahun 2023 di dalam drama Crash Course In Romance dan mula mempunyai khabar angin bersama sehari sebelum agensi Lee Chae-min mengesahkan hubungan mereka. Kini, mereka dikatakan masih gembira dalam hubungan mereka. Lebih-lebih lagi, selepas tular dikatakan menyambut ulang tahun bersama dengan gambar berpasangan di Instagram. Namun, Lee Chae-min menyangkal kenyataan berikut.
Pautan berkaitan: 5 PASANGAN ADIK-BERADIK SELEBRITI ANDA MESTI KENALI SEPERTI SYED SADDIQ DAN SYED ABDULLAH
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 K-DRAMA ANDA PATUT TONTON PADA BULAN OKTOBER 2025!
Bulan Oktober 2025 dipenuhi dengan K-Drama dari pelbagai genre menarik yang boleh ditontoni di hari-hari lapang dari pelbagai platform.
PELAKON LELAKI PALING MENARIK DALAM NETFLIX WEDNESDAY MUSIM 2
Kenali barisan pelakon lelaki menarik dalam Netflix Wednesday musim 2 dari Principal Barry Dort hingga Pugsley dan Gomez Addams.
7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON
Filem dan siri baharu dari Netflix sentiasa menjadi penantian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengisi masa pada hujung minggu.
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
BAHAGIAN TERBURUK DALAM SQUID GAME SEASON 3 (SPOILER ALERT)
Squid Game Musim 3 berjaya goncang dunia, tapi satu babak jadi punca peminat kecewa.
BERSEDIA UNTUK BINGE? 5 KDRAMA BARU BAKAL DITAYANG
Ketahui 5 K-Drama menarik bakal menemui penonton pada separuh kedua tahun ini dari kisah romantik hingga aksi yang mendebarkan.