Skip to content

KENALI NASSIM LYES, BINTANG UNDER PARIS YANG SEDANG MENINGKAT NAIK

KENALI NASSIM LYES, BINTANG UNDER PARIS YANG SEDANG MENINGKAT NAIK

Kongsikan artikel ini

Nama Nassim Lyes menjadi sebutan peminat selepas membintangi filem Netflix, Under Paris yang disiarkan baru-baru ini.

Diarahkan oleh Xavier Gens, filem itu berkisar tentang seorang ahli sains lakonan Berenice Bejo yang menemui jerung gergasi di Seine River semasa triatlon antarabangsa. Nassim menggalas watak sebagai Adil, komander polis Seine River.

Ketahui beberapa fakta menarik tentang Nassim Lyes

Juara Kickboxing Kebangsaan Perancis

Nassim Lyes

Foto: IMG Models

Sebelum menceburi bidang lakonan, Nassim merupakan juara kickboxing yang terkenal dengan latar belakang dalam MMA (seni bela diri campuran). Menurut Nerd Reactor, bintang Perancis-Algeria ini mula menyertai sukan tersebut ketika berusia 15 tahun dan memenangi kejuaraan kebangsaan pada 2010. Kerjaya kickboxing dan latar belakang olahraganya amat berguna untuk watak tertentu termasuk dalam filem Mayhem!.

 

Bakatnya Dicungkil Ketika Bekerja Sebagai Pelayan

Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Nimes, Perancis, Nassim berhijrah ke Paris untuk meneruskan minatnya dalam bidang lakonan selepas memperoleh ijazah sarjana muda. Sewaktu bekerja sebagai pelayan restoran, dia didekati pengarah Tristan Aurouet yang menawarkannya watak dalam Mineurs 27. Kini dia telah membintangi pelbagai naskah termasuk The Spy, All-Time High dan Overdose.

 

Pernah Bekerjasama Dengan Pengarah Under Paris

Sebelum digandingkan dalam Under Paris, Nassim dan Xavier pernah berkolaborasi dalam filem Mayhem! pada 2023. Malah dalam satu wawancara bersama Above The Line tahun lalu, Nassim berkata mereka terus menjayakan sebuah lagi filem selepas Mayhem!. “Sejurus selepas tamat Mayhem!, kami terus menjalani penggambaran filem lain mengenai jerung. Ia akan disiarkan pada 2024 di Netflix. Ia pasti akan mendapat sambutan hangat,” katanya.

Foto: Netflix

 

Foto: Arnaud Francois

Pautan berkaitan: 5 FAKTA MENARIK TENTANG NICHOLAS GALITZINE, AKTOR THE IDEA OF YOU