Skip to content

TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, MUZIK JIN BTS KEMBALI MENDUDUKI CARTA

TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, MUZIK JIN BTS KEMBALI MENDUDUKI CARTA

Kongsikan artikel ini

Jin akhirnya menamatkan latihan ketenteraan selama hampir dua tahun, sekali gus menjadi anggota BTS pertama menyempurnakan khidmat wajib buat lelaki Korea Selatan itu.

Dalam mempersiapkan diri untuk kembali ke dunia luar, para peminatnya menunjukkan tanda sokongan dengan mendengarkan salah satu daripada muzik solonya, Super Tuna.

Lagu yang dilancarkan pada 2021 itu kembali menduduki carta iTunes Amerika Syarikat menjelang tarikh tamat khidmat ketenteraannya. Jin dijangka keluar pada 12 Jun 2024 dan ini tentunya menjadi satu kejutan menggembirakan buatnya.

Ketika artikel ini ditulis, Super Tuna berada pada kedudukan ke-17 dalam carta iTunes.

jin bts

Foto: NME

Lagu Solo Jin BTS Menghantui Peminat

Super Tuna merupakan salah satu daripada lagu solo yang dikeluarkannya tanpa penglibatan anggota BTS lain. Kesemua ahli BTS mempunyai album solo kecuali Jin yang tidak mempunyai koleksi lagu lengkap sendiri.

Penyanyi itu mengeluarkan Super Tuna pada 2021 sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29. Lagu itu gagal memasuki carta Hot 100 di Amerika Syarikat namun berjaya menduduki carta Billboard lain. Ia berada di tangga pertama carta World Digital Song Sales dan pada kedudukan ke-19 dalam carta Digital Song Sales yang tidak memberi pengkhususan pada mana-mana genre atau bahasa.

Jin merupakan anggota BTS pertama yang meninggalkan kem ketenteraan Korea Selatan setelah memasukinya paa Oktober 2022. Manakala ahli kumpulan lain akan tamat perkhidmatan pada tahun hadapan. Latihan ketenteraan merupakan tanggungjawab wajib di Korea Selatan. Semua lelaki yang mempunyai tubuh sihat perlu berkhidmat di dalam ketenteraan selama 18 bulan sebelum usia mereka mencecah 28 tahun.

 

Pautan berkaitan: PENAMPILAN SEGAK JIN BTS DALAM PAKAIAN SERAGAM TENTERA MENCURI PERHATIAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

J-HOPE, ANGGOTA BTS TERKINI LAKAR SEJARAH DI SPOTIFY

J-HOPE ANGGOTA BTS KEDUA SERTAI LATIHAN KETENTERAAN WAJIB

Bacaan Lanjut
10 IKON ASIA YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP DUNIA PADA 2022

10 IKON ASIA YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP DUNIA PADA 2022

Bacaan Lanjut
TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, MUZIK JIN BTS KEMBALI MENDUDUKI CARTA

PENAMPILAN SEGAK JIN BTS DALAM PAKAIAN SERAGAM TENTERA MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
ALAHAN PELIK LIMA BINTANG KOREA POPULAR

ALAHAN PELIK LIMA BINTANG KOREA POPULAR

Bacaan Lanjut

BTS UMUM SERTAI LATIHAN KETENTERAAN, BERMULA DENGAN JIN

Bacaan Lanjut
ALAHAN PELIK LIMA BINTANG KOREA POPULAR

JIN BTS DILAPORKAN BAKAL TAMPIL DENGAN ALBUM SOLO

Bacaan Lanjut