KENALI NIKOLAI & FELIX, PEWARIS TAKHTA DENMARK YANG MENJADI BURUAN JENAMA FESYEN MEWAH
Mendapat Sokongan Padu Daripada Keluarga
Kedua-dua putera tidak menerima sebarang elaun Diraja justeru mereka diberi kebebasan untuk mengejar peluang baharu di luar tugasan Diraja. Jelas Nikolai, ibu bapanya menyokong seratus peratus apabila mengetahui keputusannya untuk bergelar model.
“Tiada siapa menentang. Saya diberi kebebasan untuk menentukan haluan sendiri. Jika saya mendapat tawaran kerja dalam mana-mana industri atau memulakan kelas di universiti, saya akan berkongsi cerita dengan seluruh keluarga,” katanya.
Putera Joachim turut memastikan kebebasan anak-anaknya tidak disekat. “Kehidupan Nikolai mesti berjalan seperti yang diinginkannya. Saya mahu membantunya dalam cara tersendiri dan cuba memberi inspirasi kepadanya.”
Foto: Marco Van Rijt/Scoop Models/Georg Jensen
Pautan berkaitan: 10 PUTERA MUDA PALING POPULAR & BERGAYA DARI SERATA DUNIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALASAN PEWARIS DENMARK, PUTERA JOACHIM & KELUARGA MEMBAWA DIRI KE AMERIKA SYARIKAT
Putera Joachim bakal mengambil langkah besar dalam hidup dengan berhijrah ke Amerika Syarikat pada musim panas 2023.
5 FAKTA MENARIK MENGENAI PUTERI ISABELLA DARI DENMARK
Siapa menyangka puteri Denmark berusia 15 tahun ini mempunyai pertalian darah dan berkongsi tarikh lahir dengan mendiang Ratu Elizabeth II.
CINTA PANDANG PERTAMA PUTERA MAHKOTA FREDERIK & PUTERI MARY
Kisah percintaan luar biasa antara seorang putera raja dan seorang eksekutif pengiklanan yang bertemu di lokasi tidak diduga.
10 PUTERA MUDA PALING POPULAR & BERGAYA DARI SERATA DUNIA
Kenali barisan putera dan kerabat Diraja yang menjadi perhatian dunia kebelakangan ini.