KENALI YUBI BAND, BAND BAKAL GEGAR INDUSTRI MUZIK POP & ROCK ALTERNATIF
Sudahkah anda menonton mini siri Inspirasi Cinta yang menampilkan gandingan hebat pelakon dari dua negara, Miller Khan dan Ain Edruce di semua laman YouTube majalah berbahasa Melayu BluInc Media? Salah satu lagu temanya, Malam Bintangmu nyanyian Yubi Band telah menarik perhatian ramai. Jelita kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Yubi Band.
1. PERMULAAN YUBI BAND
Mula dibentuk pada 7 Jun 2015, Yubi Band adalah sebuah kumpulan muzik Pop/Rock Alternatif. Sebelum membentuk sebuah band, Yubi adalah seorang penyanyi solo pada tahun 2013 menerusi lagu Tentang Kamu, hasil ciptaan Ajam Dichi Michi dan Yubi sendiri. Single “Malam Bintangmu” telah menjadi taruhan single pertama kumpulan itu setelah ditubuhkan sebagai satu kumpulan. Yubi Band terdiri daripada lima orang ahli iaitu vokalis Yubi, gitaris utama, Razi, gitaris kedua, Mubin, basis/cello, Therry dan Andhika yang memegang posisi drummer. Pada awal tahun 2016, tiga daripada anggota asalnya iaitu Razi, Andhika dan Therry telah mengundurkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan Yubi Band terbentuk apabila Razi (EX gitarist pertama) telah mengajak untuk menukar Yubi menjadi Yubi Band.
2. PENCAPAIAN
Walaupun Yubi Band baharu sahaja ditubuhkan, mereka sudah mencapai matlamat yang begitu membanggakan. Lagu Tentang Kamu, hasil ciptaan Ajam Dichi Michi dan Yubi sendiri telah tercalon dalam TOP 5 Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 20. Selain itu, Yubi Band juga turut terpilih untuk menyanyikan lagu tema filem animasi kegemaran ramai iaitu Upin Ipin The Movie & Jakarta.
Setiap lagu pasti punya kisah istimewa di sebaliknya. Begitu juga dengan lagu Malam Bintangmu yang ditulis khas oleh Yubi sendiri buat Una. Lagu ini mengisahkan bagaimana perjalanan cinta Yubi dan Una yang pernah putus hubungan suatu ketika dulu. Dalam muzik video pula, ia menceritakan tentang apa yang akan terjadi jika Yubi membiarkan Una pergi bersama lelaki lain. Demi untuk mendapatkan semula cinta Una, Yubi telah memulakan langkahnya untuk merebut kembali cinta Una agar apa yang terjadi di dalam muzik video itu tidak akan berlaku.
Untuk tahun 2018, Yubi Band bakal melancarkan single terbaru yang bertajuk “Cinta Buat Una.” Lagu ini ditulis khas buat dia (Una) yang telah menjadi tulang belakang dalam hidup vokalis band ini, Yubi. Lagu ini akan dikeluarkan di YouTube selepas Aidilfitri (previu sudah dikeluarkan di YouTube). Untuk single terbaru ini, Yubi akan bergerak secara solo namun dia bersyukur kerana pembikinan lagu ini telah dibantu oleh ahli baru Yubi Band iaitu Sahri, Ayep Spek, Arep Rebit dan C.Michael dan turut berharap agar lagu ini akan berjaya sepertimana lagu sebelumnya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!