KERJAYA TENIS ROGER FEDERER BERAKHIR SELEPAS 24 TAHUN
Tahun lalu pemenang 20 gelaran Grand Slams itu gagal memberi persembahan terbaik pada suku akhir Kejohanan Wimbledon 2021 sekali gus tewas di tangan pemain Poland, Hubert Hurkacz.
Pada bulan Ogos, dia menjalani pembedahan lutut ketiga dalam masa 18 bulan dan sejak itu tidak lagi beraksi di gelanggang tenis. Tambah Roger, tubuhnya telah memberi isyarat untuk menamatkan kerjayanya selama 24 tahun.
“Seperti yang anda ketahui, saya berdepan cabaran dalam bentuk kecederaan dan pembedahan sepanjang tiga tahun lalu. Saya sudah bekerja keras untuk kembali kompetitif tetapi saya juga sedar kemampuan dan had badan saya, dan isyarat yang diberikan kebelakangan ini amat jelas,” ujarnya.

Foto: Getty Images
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAIRUL AZREEN UMUM BERHENTI BERLAKON
Pelakon filem MALBATT: Misi Bakara Hairul Azreen mengumumkan dia akan bersara daripada industri lakonan kerana dia mahu fokus pada keluarga.
15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023
Game. Set. Match! David Beckham, Orlando Bloom, Tom Hiddleston dan Roger Federer antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya off-court klasik penuh gentleman di Wimbledon 2023.
5 REKOD YANG DIPECAHKAN NOVAK DJOKOVIC SELEPAS KEJUARAAN DI ROLAND GARROS 2023
Novak Djokovic mencipta sejarah tenis selepas menjuarai Roland Garros 2023 buat kali ketiga, gelaran Grand Slam ke-23 keseluruhan memintas Rafael Nadal.
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
TOM BRADY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NFL BUAT SELAMANYA
Hampir setahun kembali ke padang selepas persaraan, Tom Brady mengumumkan dia akan bersara buat kali terakhir dalam hidupnya.
NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI TERBUKA AUSTRALIA KE-10
Novak Djokovic menewaskan Stefanos Tsitsipas untuk menjuarai Terbuka Australia 2023 dan menyamai rekod Grand Slam ke-22 keseluruhan.