Skip to content

KEVIN COSTNER DAN JEWEL KINI HANGAT DILAMUN CINTA?

KEVIN COSTNER DAN JEWEL KINI HANGAT DILAMUN CINTA?

Kongsikan artikel ini

Baru empat bulan sah bercerai dengan Christine Baumgartner, Kevin Costner dikhabarkan sudah pun menemui cinta baru.

Menurut laporan, aktor berusia 69 tahun ini sedang menjalin hubungan asmara dengan penyanyi-penulis lagu dan pensyair, Jewel. Spekulasi itu tercetus selepas mereka didakwa meluangkan masa bersama beberapa kali.

Bercakap dalam rancangan The Howard Stern Show, Kevin menjernihkan gosip yang bertebaran dan menjelaskan hubungan sebenarnya dengan pelantun Foolish Games itu.

“Saya dan Jewel hanya berkawan, kami langsung tidak pernah keluar bersama. Dia seorang yang istimewa, jadi saya tidak mahu khabar angin ini merosakkan persahabatan kami,” katanya.

Kevin Costner jewel

Foto: Getty Images

Pertemuan Pertama Kevin Costner & Jewel

Menurut aktor Yellowstone ini, mereka berkenalan pada Disember 2023 ketika percutian ke pulau peribadi Richard Branson di Caribbean bersama selebriti lain.

“Kami berada di pulau Richard Branson. Jewel mempunyai sebuah yayasan, dan saya tidak tahu mengenainya. Richard telah bertahun-tahun meminta saya turun ke Pulau Necker, jadi akhirnya saya menunaikan janji.

“Saya sudah bercerai, bergelar bapa tunggal, jadi saya membuat keputusan untuk ke sana selepas sepuluh tahun dia memujuk saya,” katanya.

Disember tahun lalu tular foto mesra yang menunjukkan Kevin memeluk erat pinggang Jewel sewaktu penyanyi itu bercakap kepada penonton menerusi mikrofon.

Ketika itu, Jewel sedang menganjurkan kutipan dana buat Inspiring Children Foundation di kepulauan tersebut manakala Kevin hadir sebagai jemputan. Mereka dilaporkan memasuki dan meninggalkan Pulau Necker bersama.

Kevin Costner

Foto: TMZ

Jewel turut menghangatkan spekulasi percintaan mereka dengan memuji keperibadian Kevin dalam temu bual bersama Elle April lalu. “Dia seorang yang hebat. Daya tarikan orang ramai terhadapnya sangat kuat,” ujarnya.

Kevin baru sahaja melalui perceraian perit bersama Christine selepas dua dekad hidup bersama. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Jewel pula pernah mendirikan rumah tangga dengan koboi profesional, Ty Murray dari 2008 hingga 2014. Mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki.

 

Foto: The Cut

Pautan berkaitan: PEMINAT TERUJA NELLY & ASHANTI KEMBALI BERCINTA SELEPAS DUA DEKAD

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

Bacaan Lanjut
“SAYA TERASA SANGAT TUA” - ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

Bacaan Lanjut