“SAYA PERNAH DISURUH JADI KRU DAHULU” – FATTAH AMIN
INDUSTRI SENI TAKKAN PUTUS MENERIMA KEHADIRAN NAMA-NAMA BARU.KERANA MEREKA DIJANGKA MEMBAWA KESEGARAN DAN TENAGA DALAM RITMA YANG BERBEZA. FATTAH AMIN ANTARA YANG TIDAK TERKECUALI. ADAKAH INDUSTRI KITA SUDAH BERSEDIA DENGAN DINAMIK YANG DIBAWA OLEHNYA?
DENGAR PESANAN DATUK YUSOFF HASLAM
Pabila mendengar cerita Fattah Amin, ia membuatkan saya sedar yang langkah untuk menjadi seorang pelakon itu ada macam-macam caranya. Jika terlalu mengejar populariti, pasti ada yang ambil cara mudah. Jika mementingkan kualiti, biarlah bermula perlahan dan daripada bawah. Berbicara tentang belajar selok-belok produksi, Fattah menyambung lagi ceritanya. “Saya ‘disuruh’ belajar dunia produksi dan belakang tabir oleh Datuk Yusoff Haslam. Saya harus berterima kasih kepadanya.” Ketika Fattah mendalami ilmu produksi dan belakang tabir, dia menimba pengalaman itu dengan Skop Productions. Kata Fattah, ketika itu ramai orang sering berkata kepadanya, ‘Kau boleh jadi pelakon. Ada rupa, ketinggian pun ada.’ Namun, Datuk Yusoff pula berfikiran sebaliknya. “Saya ingat lagi kata Datuk Yusoff, ‘Kau jadi kru dulu. Belajar bagaimana orang shooting.’ Lantas, saya ambil berat apa yang dipesannya itu. Jadi, saya bekerja membuat prop untuk produksinya,” jelas Fattah.
Walaupun dia tidak terlibat sebulat-bulatnya dalam kerja-kerja teknikal, dia ‘curi-curi’ sedikit ilmu tentang teknikal. Sehinggakan dia memahami kerja-kerja produksi dan bukan itu saja, dia juga tahu bagaimana krew-krew produksi itu sendiri bekerja. “Jika orang ingat pelakon kerjanya penat, krew-krew lagilah penat. Sebab mereka perlu ada di lokasi lebih awal, set up, memastikan semuanya dalam keadaan baik, hendak cari shot yang cantik, kadang-kadang ada perubahan skrip, balik lewat-lewat. Menunggu pelakon datang ke lokasi lagi,” cerita Fattah yang sudah lali dengan scenario kerja produksi.
Fattah sekelumit pun tidak memandang ringan pengetahuan yang dia dapat itu. “It is a good knowledge,” kata Fattah lagi. Malah baginya, ia membuatkannya menghargai lebih sesuatu kerja itu. Jadi sebab itulah, Fattah selalu ada rasa tidak puas hati setiap kali selesai berlakon. Tidak puas hati itu berkaitan dengan penyampaian kerjanya kerana dia tahu bukan mudah untuk krew-krew itu berhadapan dengan kerja pelakon yang kurang memuaskan. “Sebab berlakon itu adalah proses pembelajaran. Watak yang kami (pelakon-pelakon) dapat itu, bukan diri kami yang sebenar. Jadi pabila tak sampaikan dengan sempurna, ditambah lagi dengan memahami kerjakerja krew, timbullah ‘second guess’ itu,” kata Fattah. Fattah memiliki rasa hati di mana jika dia beri hasil kerja 50 peratus, dia tahu boleh bagi lebih. “70 atau 80 peratus. Atau 110 peratus paling bagus.”
“Kamu masih lagi mahu belajar? Walaupun dalam masa lima tahun akan datang misalnya, di mana kamu sudah lebih baik daripada sebelumnya, tetap masih mahu belajar?” Saya mengajukan soalan kepada Fattah. “Ya! Saya jenis orang yang akan sentiasa mahu belajar. Dari semasa ke semasa. Baik lima tahun atau sepuluh tahun, akan tetap belajar,” jawab Fattah. Sambung Fattah lagi, jika sentiasa belajar, daripada situlah mutu lakonan akan diperbaiki. Hasilnya, kerja itu lebih berkualiti. Jika tidak berikan yang terbaik, kualiti itu tidak akan dizahirkan. “Maka pentingnya untuk pelakon itu berbincang, buat kajian, libatkan diri dengan produksi. Jika ada benda tak tahu, tanya. Buang ego itu. Kita manusia dan akan sentiasa mahu belajar,” kata Fattah.
“Berani ambil risiko atau play safe buat masa ini? Dari aspek lakonan dan kerja yang diberikan.” Jawab Fattah, “Saya tidak kisah dengan cabaran yang saya dapat itu. Buat masa ini, saya terima semua jenis watak yang ditawarkan kepada saya. Atas dasar ‘belajar’ itulah saya berani mencabardiri dan bagi saya, itulah risikonya.” Ada ketikanya tukar gaya lakonan kerana usia akan mematangkan diri lambat laun kelak. “Adakah kamu lihat diri kamu akan jadi ‘The Next Hero Malaya’? Selepas Remy Ishak, Fahrin Ahmad dan Rosyam Nor?” Tanya saya. “Entahlah. Saya tidak bersedia dengan label itu lagi. Saya mempunyai mantera di mana jangan terlebih yakin dengan diri sendiri. Kena sedar juga yang pelakon itu seasonal. One day you’re at the top. Next day, you’re out. Just do your best to give your best,” jawab Fattah.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 PERKARA KITA BOLEH PELAJARI DARI ISU BUKU FATTAH AMIN
HARAPAN PELAKON MUDA
Hampir semua pelakon memiliki visi yang sama. Di mana mereka mahu melihat pembaharuan dan ada yang perlu diperbaiki tentang industri seni tanah air. “Ya, Malaysia memiliki cara kerjanya sendiri. Tidak perlulah bandingkan kita dengan big production luar negara. Mungkin apa yang kita perlu fokus adalah menitikberatkan perkara-perkara kecil terlebih dahulu,” tegas Fattah.
“Saya pernah bekerja dengan produksi Indonesia dan saya kagum dengan cara mereka,” kongsi Fattah dengan saya. Fattah menceritakan bahawa produksi Indonesia mengambil berat setiap perkara. Daripada tenaga kerja sehinggalah personal assistant pelakon. “Produksi mereka yang sediakan P.A untuk setiap pelakon. Krew mereka pula double daripada kita. Equipment yang mereka gunakan juga lebih bagus.”
Hasrat Fattah ini barangkali ‘mewakili’ hasrat pelakon-pelakon muda sekarang. Di mana mereka mahu melihat ada kemajuan dalam produksi juga industri seni Malaysia. Jika ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki, jangan lengahkan masa lagi. “Kami sebagai pelakon muda juga mahukan yang terbaik untuk industri kita. Jika kami tidak ada semangat itu, sampai bila kita ‘stagnant’ begitu saja, bukan?” Jelas Fattah. Persekitaran itu perlu lebih produktif, lebih progresif, lebih kreatif dan menjanjikan sesuatu yang luar biasa. Namun, saya tetap bersyukur. Bersyukur kerana kedudukan saya dalam industri ini dipercayai oleh semua orang,” akhiri Fattah.
Oleh Editorial GLAM Lelaki (diambil dari isu GL Oktober 2015)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI LARRIE 2025: GAYA RETRO UNTUK MULAKAN TAHUN BARU
Bersiap sedia untuk tampil bergaya dengan koleksi terbaru Larrie, Retro Vibes: Revamping Classics with a Modern Spin.
VIRAL: GRADUAN PAKAI RAY-BAN META DI KONVOKESYEN, INI SEBAB ANDA PERLU ADA SEPASANG!
Ray-Ban Meta menggabungkan teknologi boleh pakai terkini dengan reka bentuk asli Ray-Ban untuk memastikan anda sentiasa berhubung di mana sahaja
COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI
Destinasi Eksperiensial Unik Coach Play APW bukan sekadar butik; ia adalah kedai konsep eksperiensial yang merangkumi seni kraftangan dan inovasi jenama Coach. Terinspirasi oleh semangat New York dan elemen gaya hidup moden Kuala Lumpur, Coach Play APW menghidangkan pengalaman visual dan interaktif yang meraikan warisan dan ekspresi seni—menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi bagi pencinta fesyen…
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS
Bersedia untuk mendominasi hari-hari bekerja anda dengan koleksi Ultimate Office Essentials dari Sacoor Brothers.
5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN
Aktor berusia 34 tahun ini telah membintangi pelbagai naskah hebat yang melonjakkan namanya dalam industri hiburan tanah air.
5 DUDA ‘HOT & AVAILABLE’ PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA
Industri hiburan Malaysia kini dibanjiri jejaka-jejaka kacak, lebih-lebih lagi yang bergelar duda hot, menjadi pilihan ramai. Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai pilihan, ada kalanya kita terpesona dengan figura-figura yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Di kalangan lelaki yang sudah bergelar duda, terdapat segelintir yang mampu mencuri perhatian ramai bukan hanya dengan penampilan, tetapi juga dengan…