Skip to content

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Kongsikan artikel ini

Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Khoon Hooi sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.

Bagi edisi Alphamen 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai latar bidang yang berbeza. Dari fesyen kepada sukan, mereka merupakan “Our Heroes”. GLAM Lelaki mempersembahkan Khoon Hooi sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.

Pereka fesyen graduan Malaysian Institute of Art ini pernah memenangi beberapa anugerah antarabangsa termasuk Asian Young Designer award di Jepun, bahkan helaian yang direkanya juga dipakai oleh barisan selebriti Hollywood termasuk Katy Perry, Stephanie Hsu, Dixie D’Amelio, Tessa Thompson, dan Zooey Deschanel.

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

IKUTI TEMU BUAL EKSLUSIF BERSAMA KHOON HOOI BERSEMPENA DENGAN GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023:

Khoon Hooi diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

Baju panas dan seluar, UNIQLO, Jam tangan dan beg slang kulit, MONTBLANC.

1. APAKAH PERKEMBANGAN TERKINI ANDA?

Menjalankan siri pertunjukan trunk Fall 2023 serantau. Kami baru sahaja selesai siri ini di Manila – Kuala Lumpur – Singapura. Kini saya sedang bersiap sedia untuk wholesale trade musim bunga 2024 untuk Minggu Fesyen Paris dan kemudian ke Sidang Kemuncak Fesyen Hong Kong 2024 sekali lagi yang fokus pada sustainable fashion.

2. TEMA ALPHAMEN 2023 ADALAH “OUR HEROES”. APAKAH DEFINISI SEORANG HERO BUAT ANDA?

Seorang yang tidak mudah gentar. Seorang yang mempunyai pemikiran positif. Seorang yang mempunyai keupayaan untuk melihat hasil yang lebih optimistik. Seorang yang mempunyai toleransi risiko yang lebih tinggi.

3. APAKAH DEFINISI ALPHAMEN KEPADA ANDA?

A natural born leader of the pack. Dia mempunyai standard yang sangat tinggi dan kadangkala can be too hard on himself.

4. BAGAIMANA ANDA MENDEFINISIKAN MASKULINITI DALAM DUNIA MODEN HARI INI?

Bagi saya, dia seorang yang mendakap kedua-dua dunia – seseorang yang melalui detik-detik keberanian dan pada masa yang sama boleh menjadi seorang yang sensitif.

Dia juga seorang yang tahu menjaga diri sendiri – dandanan meningkatkan keyakinan diri, meluangkan masa untuk diri sendiri juga dapat membantu kesihatan mental.

Tidak mengapa untuk memainkan peranan penyedia/pelindung 100% sepanjang masa, kita juga boleh menjadi seorang yang memupuk dan menjaga orang lain.

5. APAKAH STIGMA MENGENAI LELAKI YANG ANDA MAHU UBAH?

Jaket, baju turtleneck dan seluar, ZEGNA.

Kita perlu menormalisasikan perbualan kesihatan mental. Hentikan stigma setiap lelaki perlu “suck it up” atau “be a man”. Ia adalah perkara yang menghalang kita daripada mempunyai perasaan dan sembuh.

Kadar bunuh diri dan kemurungan kini sangat tinggi. Tidak mengapa untuk mendapatkan rawatan dan menguruskan gejala mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih memuaskan.

6. BOLEH KONGSIKAN BAGAIMANA ANDA BERMULA SEBAGAI PEREKA FESYEN DI MALAYSIA? DAN SIAPA YANG MENGINSPIRASIKAN ANDA?

Saya suka seni. Minat saya bermula ketika saya berumur sekitar 7 tahun. Saya suka melukis, tetapi saya tidak gemar melukis pemandangan, tetapi lebih suka figura. Pada masa inilah cinta saya terhadap fesyen bermula.

Saya belajar banyak daripada nenek saya semasa saya masih muda, kerana saya menghabiskan sebahagian besar masa saya dengannya dan menyaksikannya menjahit pakaiannya sendiri berjam-jam.

Di sinilah saya telah mengembangkan minat untuk fesyen. Secara keseluruhan saya mendapati fesyen menarik, cantik dan mencabar. Dalam fesyen, possibilities are endless, dan anda boleh mengubah perkara yang paling boleh diramal menjadi sesuatu yang unik.

7. APAKAH PENCAPAIAN TERBESAR ANDA SEBAGAI PEREKA FESYEN SEHINGGA HARI INI?

Melihat ciptaan Demi Couture saya – gaun Bianca di atas permaidani merah Anugerah Golden Globe 2020 yang disarung oleh Karen Pittman – pelakon yang baru-baru ini memainkan peranan sebagai Prof Nya Wallace dalam HBO Max : And Just Like That. Dan sudah tentu, Katy Perry memakai gaun saya dua kali pada 2019 dan 2022.

8. APAKAH PERKARA YANG PALING ANDA INGAT SEHINGGA HARI INI SEBAGAI SEORANG PEREKA?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Berkarya di peringkat antarabangsa apabila saya menyediakan bilik pameran di New York dan Paris.

9. NASIHAT KEPADA GENERASI BARU YANG INGIN MENJADI PEREKA FESYEN SEPERTI ANDA?

Pastikan anda mempunyai sudut pandangan kreatif tersendiri. Anda perlu sedari bahawa kemahiran perniagaan juga memainkan peranan penting dalam mana-mana perniagaan fesyen. Kelilingi diri anda dengan bakat yang mempunyai pemikiran yang sama agar mereka boleh memacu jenama anda ke arah yang betul.

10. APAKAH HARAPAN DAN IMPIAN ANDA UNTUK INDUSTRI FESYEN DI MALAYSIA?

Bahawa Malaysia mengiktiraf, menyokong dan menghapuskan halangan untuk perdagangan antarabangsa perniagaan fesyen. Saya rasa sedih memikirkan bahawa industri kita tidak dipandang serius sebagai peluang eksport yang berpotensi tinggi.

11. APA PERANCANGAN SETERUSNYA UNTUK KHOON HOI?

Saya ingin label saya diwakili di Texas (salah satu bandar paling bergaya di Amerika) – wanita-wanita di sana tidak takut untuk bergaya sakan, mencuba stial yang baru, memakai helaian statement dan berani dalam cara mereka berpakaian.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARAH KREATIF DIGITAL NISA’ HALID PENGURUS PROJEK, PENGARANG & PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN PENGARAH DIGITAL ANIS HANINI PENGARAH SENI AMIRUL ARIFIN PEREKA GRAFIK HILMAN FOTOGRAFI EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO VIDEOGRAFI DIGITAL JACKIE VIDEOGRAFI SYAFIQ SAZALI, ZAKWAN & AZEEM GROOMING SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI PELATIH AMALI ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH (MSU)

 

Baca lebih lanjut: “GOOD THINGS TAKE TIME, DON’T BELIEVE IN SHORT GAIN.” – ROBERTO GUIATI #GLALPHAMEN2023

By Anis Hanini
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut