Skip to content

5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

KOLEKSI MEMORABILIA FREDDIE MERCURY DILELONG TIGA DEKAD SELEPAS KEMATIANNYA

Kongsikan artikel ini

Kira-kira 1,500 barang kepunyaan vokalis kumpulan Queen, Freddie Mercury akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dijual pada bulan September.

Koleksi itu dilelong oleh bekas teman wanita dan pewaris harta Freddie Mercury, Mary Austin menerusi Sotheby’s. Ia termasuk barang-barang jarang ditemui seperti draf lirik yang tidak pernah dilihat sebelum ini sehingga lagu-lagu popular Queen, serta kostum ikonik miliknya. Barangan lain termasuk karya Pablo Picasso 1962, Jacqueline Au Chapeau Noir yang digantung di kediaman Garden Lodge penyanyi itu. Juga sikat misai Tiffany & Co miliknya.

“Selama bertahun-tahun, saya menikmati kebahagiaan dan keistimewaan dengan hidup dikelilingi barang kesayangan Freddie Mercury. Tapi tahun-tahun itu telah berlalu. Kini tiba masa saya mengambil keputusan sukar dengan menutup bab yang sangat istimewa dalam hidup saya ini,” jelas Mary Austin dalam siaran media.

Pameran akan bermula di Sotheby’s New York pada bulan Jun sebelum bergerak ke Los Angeles dan Hong Kong pada musim panas. Ia akan berakhir di Sotheby's London pada awal September. Acara lelong akan bermula pada 6 September dalam enam sesi berasingan. Sebahagian daripada hasil jualan akan didermakan kepada Mercury Phoenix Trust dan Elton John AIDS Foundation, menurut Sotheby's.

Berikut adalah beberapa barang ikonik yang bakal dilelong dan anggaran nilainya.

2 of 10

Sepasang kasut Adidas — gaya kasut kegemaran Freddie Mercury — yang mula dipakainya sekitar tahun 1979. “Pada masa itu sukar untuk mendapatkan kasut ini di Eropah. Jadi dia akan membeli beberapa pasang pada satu-satu masa apabila kumpulan itu mengadakan konsert di Los Angeles,” menurut Sotheby’s. Dianggarkan bernilai: RM17,394 hingga RM28,838.

Foto: Sotheby’s

2 of 10

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut
5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

Bacaan Lanjut
OPPENHEIMER DIISYTIHAR FILEM BIOPIK PALING BERJAYA DALAM SEJARAH

OPPENHEIMER DIISYTIHAR FILEM BIOPIK PALING BERJAYA DALAM SEJARAH

Bacaan Lanjut
RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA

RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

Bacaan Lanjut