Skip to content

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

Kongsikan artikel ini

Ramai bintang Hollywood menceburi dunia keusahawanan dan melancarkan jenama gaya hidup yang sangat berjaya.

Usaha niaga ini bukan sahaja menjana pulangan besar buat pengasasnya tetapi juga mengukuhkan asas untuk empayar perniagaan yang mampu bertahan lama. Selebriti Asia juga tidak ketinggalan mengasaskan jenama gaya hidup sendiri. Daripada menjadi duta atau wajah jenama fesyen atau kecantikan, mereka memilih untuk menyertai gelombang keusahawanan sekali gus menjana pendapatan besar.

GL senaraikan empat usahawan selebriti Asia yang memiliki jenama gaya hidup sendiri.

1 of 4

.

G-Dragon

Kwon Ji Yong atau lebih dikenali sebagai G-Dragon bukan sahaja terkenal sebagai ‘Raja K-Pop’ tetapi juga ikon fesyen yang dikagumi. Dia merupakan artis K-Pop pertama dijemput ke Minggu Fesyen Paris dan fotonya dirakam Karl Lagerfeld untuk tiga sampul Vogue pada 2016. Justeru apabila dia melancarkan jenama fesyen jalanan dan gaya hidup sendiri, Peaceminusone, ia meraih sambutan hebat daripada peminat.

Foto: Instagram

Menggabungkan pengaruh fesyen, seni dan muzik, Peaceminusone menawarkan rangkaian luas termasuk kemeja-T grafik, hoodie dan seluar sehingga aksesori bergaya seperti topi, beg, barang kemas dan kasut. Potongan avant-garde mencerminkan pertalian haute couture jenamanya. Sejak itu jenama anggota BigBang ini menjadi popular di kalangan selebriti bukan sahaja di Korea tetapi juga di seluruh dunia. Antara ikon terkenal yang pernah menyarung jenama ini adalah Bella Hadid, J Balvin, Mbappé dan Neymar.

1 of 4

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

Bacaan Lanjut
5 BINTANG K-POP YANG MEMILIKI JENAMA FESYEN SENDIRI

5 BINTANG K-POP YANG MEMILIKI JENAMA FESYEN SENDIRI

Bacaan Lanjut
G-DRAGON DINOBAT IKON FESYEN 2021

G-DRAGON DINOBAT IKON FESYEN 2021

Bacaan Lanjut
NAMA HARRY STYLES DILAKAR DALAM GUINNESS WORLD RECORD

HARRY STYLES – DARI BIDANG MUZIK KE DUNIA KECANTIKAN

Bacaan Lanjut
SELEPAS LEE JANG-WOO, G-DRAGON PULA DILANTIK SEBAGAI DUTA TS SHAMPOO

SELEPAS LEE JANG-WOO, G-DRAGON PULA DILANTIK SEBAGAI DUTA TS SHAMPOO

Bacaan Lanjut