Skip to content

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

Kongsikan artikel ini

Ramai bintang Hollywood menceburi dunia keusahawanan dan melancarkan jenama gaya hidup yang sangat berjaya.

Usaha niaga ini bukan sahaja menjana pulangan besar buat pengasasnya tetapi juga mengukuhkan asas untuk empayar perniagaan yang mampu bertahan lama. Selebriti Asia juga tidak ketinggalan mengasaskan jenama gaya hidup sendiri. Daripada menjadi duta atau wajah jenama fesyen atau kecantikan, mereka memilih untuk menyertai gelombang keusahawanan sekali gus menjana pendapatan besar.

GL senaraikan empat usahawan selebriti Asia yang memiliki jenama gaya hidup sendiri.

2 of 4

Priyanka Chopra Jonas

Bintang Bollywood yang menjadi rebutan pengarah Hollywood ini mempunyai antara ‘mahkota’ paling dicemburui dalam industri. Memanfaatkan rambutnya yang tebal dan menawan, Priyanka Chopra Jonas melancarkan Anomaly, jenama produk penjagaan rambut pada tahun 2022. Ia menggunakan bahan aktif semula jadi dengan warisan India seperti minyak kelapa dan buluh serta bungkusan mesra alam yang diperbuat daripada sisa kitar semula.

Foto: Instagram

Walaupun Anomaly merupakan pendatang baru dalam pasaran jenama gaya hidup selebriti, ia menunjukkan prestasi yang sangat baik. Tahun lalu ia memperoleh RM2.4 bilion, menjadikannya jenama kecantikan selebriti kedua paling berjaya di dunia selepas Fenty Beauty (Rihanna). Anomaly berjaya menewaskan jenama terkenal seperti Kylie Cosmetics milik Kylie Jenner dan Rare Beauty milik Selena Gomez.

2 of 4

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

Bacaan Lanjut
5 BINTANG K-POP YANG MEMILIKI JENAMA FESYEN SENDIRI

5 BINTANG K-POP YANG MEMILIKI JENAMA FESYEN SENDIRI

Bacaan Lanjut
G-DRAGON DINOBAT IKON FESYEN 2021

G-DRAGON DINOBAT IKON FESYEN 2021

Bacaan Lanjut
NAMA HARRY STYLES DILAKAR DALAM GUINNESS WORLD RECORD

HARRY STYLES – DARI BIDANG MUZIK KE DUNIA KECANTIKAN

Bacaan Lanjut
SELEPAS LEE JANG-WOO, G-DRAGON PULA DILANTIK SEBAGAI DUTA TS SHAMPOO

SELEPAS LEE JANG-WOO, G-DRAGON PULA DILANTIK SEBAGAI DUTA TS SHAMPOO

Bacaan Lanjut